Saturday, December 31, 2011

ETIKA BERLAWAK MENURUT QARADHAWI





assalamualaikum  :)


Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menggariskan enam etika sebagai panduan dalam bergurau senda:







 1. Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia lain tertawa

Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.”
(HR Ahmad dan Ad-Darimi)















2. Gurauan yang tidak menghina orang lain, melainkan diizinkan individu

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka…”
(Al-Hujurat : 11)

Meniru perbuatan orang lain juga termasuk dalam perbuatan menghina.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha meriwayatkan,
“Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi)






3. Melawak dengan tidak menakutkan orang lain

Nukman bin Bashir r.a berkata,
“Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”
(Hadis Riwayat Tabrani)


4. Jangan mengambil barang kepunyaan orang lain dengan niat berlawak
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara se-Islammu dengan niat melawak ataupun dengan niat yang sebenar.”
(Hadis Riwayat Ahmad)








5. Jangan melawak di tempat yang serius dan sebaliknya

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap sah hukumnya walaupun dalam keadaan bukan serius.

Rasulullah s.a.w bersabda,
“Tiga perkara yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan tidak serius:
Nikah; Cerai; Membebaskan hamba.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

6. Melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Saidina Ali bin Abu Talib r.a. berkata,
“Masukkan lawak dalam kata-kata sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”

Said bin al-As r.a pula berkata,
“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yang bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu berasa rimas.”

BATASAN JENAKA
Berlawak diharuskan dalam Islam, namun sekiranya berlebihan maka ia boleh membawa kepada haram.
Di sini kami rumuskan kepada beberapa batasan dalam melawak.

1. Lawak yang menghina sifat manusia

Kebiasaan lawak masyarakat Melayu, suka merendah-rendahkan dan menghina sifat manusia yang secara tidak langsung menghina ciptaan Allah. Antara contoh yang dapat dilihat ialah dalam penerbitan drama ‘Halimah Jongang’, ‘Fatimah Juling’ dan ‘Si Capik’. Begitu juga dengan menjadikan sifat-sifat manusia yang agak kurang sempurna sebagai ejekan seperti tempang, gemuk, hitam dan rongak.

2. Lawak Penyerupaan Jantina
Islam melarang lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya. Penyerupaan ini termasuklah seorang lelaki membuat suara wanita, memakai pakaian wanita, membuat lenggok wanita, memakai perhiasan wanita dan memakai rambut palsu.

3. Lawak yang menyentuh sentiviti agama
Lawak juga boleh menjadi medium penyampaian maklumat kepada masyarakat. Lawak yang mempertikaikan kredibiliti mufti, memperlekeh fatwa dan syariat Islam adalah dilarangdan amat berbahaya. Ia boleh menyebabkan akidah rosak kerana mempermainkan hukum agama.

4. Lawak tidak kena tempat

Dalam melawak, perlukan hikmah. Lihat pada suasana sekeliling. Sekalipun kita seorang yang ceria, sekiranya suasana tersebut memerlukan kita untuk bersedih dan bersimpati, maka kita hendaklah mengikut suasana tersebut.

sumber- kajian shbt itqan










semenjak dua menjak ni kecoh betul dgn program realiti yg berunsurkan lawak-lawak jenaka. erm.. bukannya aku tak tengok, aku pun tengok sama... tapi kan.. kadang-kadang hiburan yang kita cari tu terlampau. betul tak??

Thursday, December 29, 2011

of KULSEM ONLINE

assalamualaikum :')


oh ye kawan-kawan, baik di alam maya atau alam fana, dunia sebenar yang menawarkan pelbagai kenikmatan sementara. ye.. bersyukur sangat sebab masih bernafas hingga ke saat ini. dan alhamdulillah masih berkesempatan mengikuti KULSEM online (Kuliah SEpuluh Minit).

kalau yang datang dari KMB (Kolej MARA Banting) KULSEM ni dah jadi perkara yang biasa didengar. every night, conducted kat surau asrama berasdingan menikut blok. selalunya di laksanakan in between maghrib dengan isya' sebab nak isi masa in between tu betul-betul untuk mendekatkan diri kepada Allah.

KULSEM KMB menawarkan platform (wahhh ayat.. ) untuk para muslimat saling berkongsi fakta-fakta menarik, atau apa sahaja yang boleh mendekatkan diri kepada Allah dan insha Allah meningkatkan keimanan setiap individu di situ.

Bagi aku, aku sangat enjoy adanya KULSEM sebab masa nilah aku boleh discover love letter Allah dengan sebaik-baiknya. masa KULSEM ni, sharing-sharing ayat kadang-kadang buat aku amazed dengan hakikat bahawa IT'S ALWAYS BEEN THERE ALL THIS TIME, RIGHT IN FRONT OF MY EYES tapi setelah berusia 18 tahun baru aku sedar.

Allah dah lama pujuk aku untuk semua kesedihan aku.
Allah dah lama cakap just trust Him. Have faith in Him.
Allah dah lama cakap yang kalau kita abaikan Dia, kita adalah golongan yang rugi.



Dan percayalah.. di KMB baru aku terasa macam aku beli terjemahan Al-Quran bukan sebab kaler dia cantik or sebab semua kawan aku ada so aku mesti ada jugak.
Di KMB baru aku rasa sepatutnya aku sejak lahir lagi kena ada terjemahan Al-Quran. to know the meaning of every verse that i read . to know that Allah has always been there...by my side.

and thanks to KULSEM, i think i've grown to be a better person.

jadi, disebabkan cuti yang panjang memutuskan hubungan para pelajart KMB yg muslimat, dan kitorang macam takde kesempatan untuk berjumpa.. so, kitorang laksanakan KULSEM ONLINE.. menggunakan teknologi untuk menyebarkan dakwah. kan elok tu?

kitorang skype almost every night.. insha Allah.

and almost every night, alhamdulillah, iman kami yazid wa la yankus  (iman kami bertambah dan tidak berkurang)


emm, banyak dah dikongsikan dalam masa cuti ni, and I'm glad that those times yg digunakan untuk KULSEM, at least i used it for good purpose.. bukannye merewang di alam siber tanpa tujuan.


P/S : harapnya ini akan menjawab persoalan orang-orang yang asyik google perkataan KULSEM but end up jumpa nothing.  semoga persoalan anda terungkai..



Wednesday, December 21, 2011

reflection

assalamualaikum :)





"talk when you need to talk, not when you want to talk." 


jadinya, cik timah tak tahu dah nak cakap apa.
agaknya banyak sangat bercakap sebelum ni.
dan malam ni..
dah jadi satu lagi malam yang 
buat cik timah merefleksi diri..


banyak lagi yang kurang..
banyak sangat.....




Saturday, December 10, 2011

WALIMAH IMPIANKU.

assalamualaikum :')

kaifa imanukum? insya Allah yazid wa la yankus
(bagaimana iman kamu? insya Allah bertambah dan tak berkurang)

sebenarnya cik Fatimah ni baru balik dari menziarah dan menghadiri majlis walimah. subhanallah.. indahnya majlis walimah mereka, sampai terasa nak jugak buat walimah yang sama!


suasana yang tak sama dengan majlis walimah yang lain, seronok sangat dapat menghadiri walimah yang macam ni, walaupun hanya menjamah buah-buahan sebab dah kenyang makan di walimah yang lain. ada beberapa kelainan yang ditampilkan..

1. MEREKA MENJAGA WANITA.  subhanallah! pertama kali menghadiri walimah yang mendirikan khemah yang terasing dan tertutup untuk wanita. dan di dalam khemah itu, hanya pelayan wanita sahaja yang ada, tak ada pelayan yang lelaki.. seronoknya. memandangkan tetamu wanita yang hadir.. ahamdulillah nampak sangat alim dan menjaga aurat. malah, ada sekumpulan remaja yang aku yakin lagi muda dari aku berpurdah. subhanallah.. sejuknya hati aku melihat mereka.


2. MEREKA MENJAGA PENDENGARAN TETAMU. masha Allah.. sejuk rasa hati.. tenang sahaja! mereka memutarkan nasyid dan zikrullah. tenanglah sikit hati tetamu.. sambil makan pun boleh dapat pahala sebab zikir dalam hati. emm.. jiran aku pun ada ambil seorang DJ ni yang memang bagus, malah semua majlis anaknya tak kiralah pertunangan atau walimah, dia akan upah DJ ni.. selang setiap nasyid, dibacakan hadith rasulullah, sunnah Rasulullah dan macam-macam tazkirah lagi.. best kan?

3. MEREKA MENJAGA KEBERKATAN PERKAHWINAN.  alhamdulillah, pengantinnya tak bersanding. mungkin kerana ini pernikahan antara orang yang alim, maka mereka mengetahui hukum persandingan. sesungguhnya bersanding itu hanyalah adat dan meniru pula budaya agama hindu. dibaling-baling makanan *tepung dan beras*. kan dah membazir namanya.. belum dikira lagi pengantin perempuan ditayangkan. nauzubillah.. keberkahan terjejas! jadi, first step untuk menjaga keberkatan pernikahan mestilah jauhkan perkara-perkara yang haram dalam majlis kita!


P/S: jangan berangan nak bina syurga dunia, sebab syurga akhirat lebih utama. mencari bahagia di dunia adalah mustahil, kerana bahagia itu hanya ada di syurga sana.. insya Allah, sama-sama kita rebut peluang yang ada dan kejar rahmat Allah..

Friday, December 9, 2011

ke mana ia telah pergi?

assalamualaikum : )


hemm, dah lama tak update blog dengan post baru yang.. ilmiah. dan dah lama tak tulis post yang.. reflective. okay, kemana ia telah pergi? kemana semangat aku untuk menulis telah menghilang. nampaknya Allah tak mengizinkan untuk menulis, agaknya sebab aku ni banyak titik hitam dalam hati *kena banyak istighfar,muhasabah diri*.

sejak kebelakangan ni, I've been thinking. A LOT. aku ni asyik sedapp je buat benda-benda lagha...without even realising benda-benda nilah yang buat hati aku gelap.. hitam.. susah nak terima hidayah Allah. *tepuk dahi* sentapnye.. betul, waktu muhasabah adalah waktu yang buat kita sangat sentap!

kenapa kita sentap?

sebab kita tahu dan mula sedar betapa banyak dosa kita dah buat, betapa banyak masa kita dah spend untuk benda yang sia-sia... dan, BETAPA KITA HANYA BAGI SAMPAH KEPADA ALLAH.

mari kita beristighfar sebentar

kita asyik bagi sampah kat ALLAH. kita selalu buat benda yang sia-sia, benda yang tak menyumbang langsung ke arah pembangunan ummah, benda yang merosakkan jiwa-jiwa kita. kita tangguhkan usaha nak bina islam. MACAM MANA NAK JADI AL-BANNA (pembangun) KALAU MACAM NI?

ini adalah peringatan bersama, semoga kita tak lagi bagi sampah kepada Allah, sama-samalah kita usaha buat yang terbaik, agar kita ni FULLY, ENTIRELY DEVOTED to Allah. BUKANNYA PARTIALLY ATAU JUZ'IYYAH. mesti FULLY.. MESTI KULLIYYAH..

P/S : I'm sorry that I've drag my friends to the wrong path too.. I'm not a good friend. :'(

Saturday, August 20, 2011

beritahu semua itu pada aku.

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...





PS : perasaan itu tidak haram. malah ianya Allah jadikan fitrah. tapi apa yang kau lakukan dengan perasaan itu yang ditentukan halal haramnya.-Quote from Aiman Azlan, an-nur musolla, topic: aduh! jiwa kacau.

Wednesday, August 3, 2011

cinta Allah yang MAHA HEBAT.

Assalamualaikum :’)

Hari ini (sebenarnya dah lama draft, just tak publish je) aku nak sampaikan idea aku tentang ‘cinta Allah’. Apa yang kita faham tentang cinta Allah? Ini adalah serba sedikit apa yang aku faham tentang cinta Allah.

Alhamdulillah, nikmat terbesar yang hadir dalam hidup seseorang insan itu telah aku kecapi (amboi.. bahasa..??) dua nikmat yang aku maksudkan ialah ‘iman’ dan ‘islam’. Seharusnya kita sebagai muslim berasa sangat bertuah dan really appreciate nikmat yang Allah dah beri ni. 

Apa yang aku nampak dalam community sekarang, manusia berlumba-lumba mencari bukti kesahihan aga,ma masing-masing sedangkan sejelas-jelasnya Allah berfirman  di dalam Al-Quran ‘innadiina indallahil-islam’  yang  bermaksud ‘sesungguhnya agama di sisi Allah ialah islam’.

Islam adalah agama fitrah. Fitrah bermaksud sesuatu yang secra semula jadi wujud dalam diri manusia. Kalau kita teliti semua garis panduan yang telah tersedia dalam guideline islam, semua aspek kehidupan telah diterangkan. Dari serumit-rumit perkara sampai se’simple-simple’ perkara diterangkan oleh syariat Islam. Dan semua garis panduan yang tersedia ini sangatlah bertepatan dan adil bagi manusia itu sendiri.

Beralih kepada cinta Allah. Apa yang kita faham tentang cinta Allah? Adakah cinta Allah sebagai Khaliq (pencipta) sama dengan cinta sesama makhluk (ciptaan)? Tentulah cinta Allah itu lain, malah perbezaannya sangat ketara.

Besar mana cinta Allah ni? Ermm.. Allah telah berfirman jika kita kembali kepada Allah dengan dosa seluas lautan pun akan Allah ampunkan. Besarnya cinta Allah kepada hamba-Nya; sedangkan seorang manusia yang menghina nama Allah selama berpuluh tahun dalam hidupnya, seandainya dia menerima hidayah dan bertaubat, akan Allah menerima taubatnya. Cinta Allah ini sebesar; apabila nikamt yang diberikan tidak terkira banyaknya tetapi hamba-Nya tidak mengucapkan kalimah ‘alhamdulillah’ pun, tetap jua dikurniakan semua nikmat itu.

Kalau kita sebagai manusia, apabila kita memberi hadiah kepada seseorang, kalau orang itu tak ucapkan terima kasih pun kita dah boleh terasa hati kan? Tapi Allah tidak begitu. Subhanallah. Besarnya cinta Allah kepada hamba-Nya.

Semoga dengan tulisan ini (jua tazkirah –peringatan- kepada diri sendiri) kita sama-sama menjadi hamba yang bersyukur. Amat rugilah orang-orang yang tidak bersyukur.

PS I: kena selalu baca doa ini – ‘wahai tuhan kami, janganlah kau pesongkan hati kami, setelah kau kurniakan hidayah kepada kami. Dan kurniakanlah kepada kami dari sisi-Mu kerahmatan. Sesungguhnya engkaulah sebaik-baik pengurnia’

PS II: ramadhan sebagai madrasah tarbiyyah- mengingatkan aku tentang zaman sekolah dahulu. Betapa aku mengharapkan  bi’ah solehah. Alhamdulillah, kat sini tak kurang hebat tarbiyyahnya.. 

PS III: susahnya bila konsep ‘jaga batasan’ ni orang tak faham. Aku minta sangat, kalau dia baca.. tolonglah, lain kali jangan berani-berani menceroboh hak seorang muslimah. Tolong faham.

Monday, August 1, 2011

"nama aku Fatimah Zahra.."

assalamualaikum :')

erm, since post pasal orientation week pun macam satu perenggan je kan, aku nak share satu benda yang bagi aku macam 'wowwwwwww'. haa.. kalau  bagi korang tak 'wowwwww' macam yang aku rasa 'wowwwwwww' tu takpelah kan. aku just nak share je. (takde motip =.=')

anyway, bila kita berada di tempat baru, suasana baru, semua orang pun try their hardest untuk jadi se'welcoming' dan se'friendly' yang mungkin agar suasan lebih condusive (kau apahal ayat sepah?). maksud aku ginilah ye, semua orang pun rajin gila (tiba-tiba) nak bertegur sapa, bertanya khabar dan paling common sekali bertanya nama.

pengalaman orang tanya nama aku kat sini.. uishhhh.. tak terkira. (ecececeh..bajet 'hot stuff' <-- walaupun sungguh aku tak faham apakah maksud 'hot stuff' tapi nak jugak guna sebab ikut peredaran semasa..?) dan bila orang tanya kepada aku "eh.. nama awak apa eh?" dan aku dengan wajah yang suci dan kudus (motip?) menjawab "FATIMAH ZAHRA" maka terhasillah reaksi yang berbagai-bagai yang bagi aku 'wowwwww' sangat-sangat.

reaction #1: 

"eh, dik nama apa eh?" seorang super senior bertanya. "nama saya fatimah zahra" again dengan wajah kudus. aka super senior terus berubah riak muka (hiperbola) lalu berkata "subhanallah, sedapnya nama adik (merenung ke siling sebentar) uishhh.. sedaplah nama adik".and then after KULSEM (kuliah sepuluh minit) aku bersalaman dengan akak super senior tersebut (identiti dirahsiakan) lalu akak tersebut memeluk aku seraya berkata "adik, semoga peribadi adik pun mengambil contoh dari anak rasulullah". aku pun tersengih-sengih (sebab terharu sebenarnya) lalu membalas "insya-Allah, kak"

reaction #2: 

seorang akak senior bertanya semasa sesi interview Smiling Soul "okay, nama adik apa ye?" aku pun dengan wajah tak berapa kudus sangat sebab tengah nervous "fatimah zahra" akak berdua tersebut terus menjerit memanggil kawannya. "weh..weh.. budak ni nama dia fatimah zahra laa..." kawan dia (yang dijerit itu) menoleh dan senyum kepada aku. rupa-rupanya nama sama daaa.....

reaction #3: 

semasa persediaan untuk malam kebudayaan (group aku dapat task koir, tapi mereka nak buat drama sikit, jadi aku join lakonan laa.. tak kuasa aku nak buat soprano tengah-tengah dewan tu) aku sebagai seorang actress (ada satu je watak perempuan, fuhh.. nasib baik aku dapat)  join laa the other guys untuk briefing pasal skrip. tiba-tiba seorang muslimin ni tanya aku "eh, nama siapa ek?" aku pun cakaplah dengan wajah kudus dan suci terlampau "ouh..FATIMAH ZAHRA" pergh.. expresion dia tak boleh blaa.. "wahh..sedapnya nama (sambil merenung siling dewan)" 


itu antara reaksi-reaksi yang bagi aku 'wowww'. ini adalah pertama kali dalam hidup aku orang menunjukkan ekspresi wajah yang bagi aku 'priceless' bila mereka dapat tahu nama aku "Fatimah Zahra".  sebelum ni aku rasa macam 'okay, nama aku Fatimah Zahra.. adik aku Aisyah Humairah.. so, NO BIG DEAL kan?" tapi sekarang aku rasa macam "FUYYOOOOO... nama aku FATIMAH ZAHRA la.."


sekarang aku rasa macam nama aku ni sangat-sangat istimewa. lagi-lagi pulak nama ni nama puteri kesayangan rasulullah. kau rasa peribadi ahlul bait yang confirm masuk syurga ni macam mana? (erm.. nanti aku post kan keperibadian Saidatina Fatimah Zahra' pulak) semoga nama ini juga sebagai salah satu tazkirah dan ingatan untuk aku supaya behave at all time, tak kira kat mana pun sebab NAMA AKU FATIMAH ZAHRA.

PS I: balik ke rumah dengan loads of assignment, ayah berkata dengan wajah innocent "dah berapa belas tahun kau belajar, baru FIRST TIME ni ayah tengok kau buat homework." hahaha. termakbul jugak hajat ayat nak tengok aku buat homework.

PS II: ish..ish..ish. baru satu ramadhan dah ada lagu raya yang berkumandang kat TV. pelik kan?



Saturday, July 30, 2011

marhaban ya ramadhan!

assalamualaikum :')

ermm, sudah pasti tahun ini suasana ramadhan akan menimbulkan kadar 'homesick' yang terlampau di tempat aku belajar.Sebelum ini aku tak pernah melalui ramadhan tanpa keluarga yang berbuka bersama-sama tiap-tiap hari.  Aku kan baru lagi dalam dunia ke’asrama’an ini. Hurmmm, sedih tu sedih jugak, tapi ada perkara yang aku lagi sedih kalau berlaku kepada aku dalam bulan yang penuh rahmat ini.

          Suatu ketika Nabi meminta para sahabatnya untuk berkumpul mendekat mimbar, yang menunjukkan bahawa Nabi akan memberikan tausiyah kepada para shabat . Ketika Nabi Muhammad menaiki tangga pertama pada mimbar, tiba - tiba Nabi berucap AMIIN . Seketika itu pula para sahabat bingung dan ingin tahu mengapa Nabi berucap amiin padahal tidak ada yang berdoa.

Kemudian menaiki tangga yang kedua, Nabi pun berucap AMIIN. Para sahabat semakin bingung. Melanjutkan langkahnya ke tangga yang ketiga Nabi pun kembali berucap AMIIN. Selesai memberikan tausiyah ada salah seorang sahabat bertanya kepada Nabi, ya Rasul mengapa tadi engkau berucap amiin padahal tidak ada yang berdoa di sini .?

Nabi menjawab, tadi ketika aku menaiki tangga pertama Malaikat Jibril turun dan berkata, ya Rasul saya ingin berdoa kepada Allah untuk umatmu dan aku minta engkau mengaminkanya . Berikut doa Malaikat Jibril :

1 . Ya Rabb celakalah orang yang ketika datang bulan Ramadhan tidak mendapatkan ampunan dari segala dosanya. (di tangga pertama)
2 . Ya Rabb celakalah orang yang ketika disebut Nama kekasihmu (Nabi Muhammad SAW) mereka tidak berselawat. (di tangga kedua)
3 . Ya Rabb celakalah orang yang masih mempunyai kedua orang tua atau salah satu darinya akan tetapi mereka menjauhkan diri dari redhanya. (di tangga ketiga)

Astaghfirullah al-‘azim. Marilah kita sama-sama memohon keampunan dari Allah rabbul ‘alamiin. Kadang-kadang (selalu sebenarnya)kita ni macam blur je dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Subhanallah.. ramadhan tu bukan sekadar bulan untuk berpuasa.

Pernah tak kita cuba cari mengapa para sahabat di zaman rasulullah begitu nervous nak menghadapi ramadhan ini seperti pengantin baru yang menunggu hari bahagianya?

Rahmat dan pahala amalan yang berlipat kali ganda. Keampunan Allah ke atas dosa-dosa kita yang lalu yang mahu kita kejar. Taubat yang diterima Allah. Amalan yang diterima Allah.  BANYAK LAGI KELEBIHAN YANG AKU SENDIRI TAK TERFIKIR (nanti aku google laa ek..). semoga ramadhan ini menjadi madrasah tarbiyyah kepada semua individu muslim di luar sana.

PS I: ahlan wasahlan ya ramadhan!!

PS II: Alhamdulillah, aku diterima sebagai salah seorang dari batch aku sebagai pemenuh barisan Interactive Peers (IP). Ketentuan ini Allah tahu baik-buruknya untuk aku. Maka aku berharap dan berdoa semoga takdir yang menyerupai ujian ini aku lulus dengan jayanya.

PS III: tahniah juga kepada 29 IP yang lain. can't wait to work with you guys. \('o')/

Tuesday, July 26, 2011

kegagalan yang dipinta.



assalamualaikum :")

Selalu aku dengar orang merungut bila kehendaknya tak dipenuhi. Bila kegagalan yang diterima sedangkan kejayaan yang dicari. Aku pun begitu. Selalu jadi begitu. Manusia ni kadang-kadang susah benar untuk bersyukur. Sedangkan kita setiap masa pun menerima apa  yang kita mahu.

+Huh? Setiap masa?

Betul. Setiap masa pun kita dapat apa yang kita mahu. 

+Habis tu yang kegagalan semua tu pun apa yang kita nak jugak? Merepeklah kau ni.. mana ada orang nak gagal.

Tunggu dulu…  sekarang cuba kita recall apa yang kita  baca lepas solat? Kita berdoa kan? Kita baca ‘rabbana atina fiddunia hasanah wa fil akhirati hasanah..’ nampak tak? Kita sendiri yang mintak kepada Allah supaya kurniakan kita kebaikan di dunia dan di akhirat. Kebaikan itu sesuatu yang hanya Allah sahaja tahu.

+Kenapa kita asyik gagal je walaupun dah usaha sebaik mungkin?

Sebab kegagalan itu adalah apa yang terbaik bagi kita. Kebaikan yang macam mana hanya Allah yang tahu. Contohnya, kita gagal dalam exam besar. Kita frust sangat-sangat. Tapi kita kena sedar hidup kita ni Allah atur begitu cantik plot dia. Dalam diam kita akan sedar jugak satu hari nanti. Rupa-rupanya, dengan kita gagal tu, kita tak dapat sambung pelajaran ke luar negara. 

Dan ditakdirkan pulak kita stay dalam negara ni, di universiti tempatan pulak tu, tapi kita makin dekat dengan Allah. Sentiasa taqarrub dengan Allah. Sentiasa belajar untuk mengenali Pencipta kita. Dan secara tak langsung kita menjadi hamba yang lebih baik kepada-Nya.

+Kenapa kita selalu berada di persimpangan dalam kehidupan ini? Kenapa begitu banyak pilihan yang Allah sediakan? 

Biar soalan dijawab dengan soalan. Kenapa kita selalu takut untuk memilih sedangkan kita tahu pengakhirannya sudah Allah tentukan kan? Kenapa kita nak persoalkan ‘kalaulah…’ dan ‘kalaulah..’ setiap kali kita nak buat pilihan? Baik buruk sesuatu pilihan yang bakal kita buat tu, semuanya sudah tertulis dan semuanya Allah tahu. Kita ini hanya melalui jalan yang dah tersedia. Takdir Allah ni hebat aturannya.
Ucap Alhamdulillah sudahlah. Susah pun ucap Alhamdulillah, sekurang-kurangnya waktu susah ni kita dekat dengan Allah, ingat Allah sentiasa. Masa senang pulak Alhamdulillah jugak, sebab dengan nikmat yang Allah bagi tu kita boleh menjalani hidup kita dengan lebih baik lagi. Ibadah lebih sempurna dan berjihad fi sabilillah dengan lebih bersemangat.

PS I: emm.. Alhamdulillah dapat tembusi audition awal untuk IP (interactive peers) , dapat pulak masuk final interview untuk IP ni. Satu pesanan buat diri sendiri, Allah tahu apa yang terbaik untuk kamu.. maka kalau IP itu terbaik buat kamu, insya-Allah dapatlah. Kalau tak dapat tu, Alhamdulillah jugak, sekurang-kurangnya masalah atau halangan yang akan timbul nanti (Allah je yang tahu) dah Allah settle kan awal-awal. Comel tak takdir macam ni? Comel kan…

PS II: kepada sahabat aku yang tak dapat masuk GEM (genius event management)  walaupun dah usaha sangat luar biasa (bagi aku laaa) bersabarlah okay? Semua ni ada hikmahnya. Mana tahu kita sama-sama masuk kelab taska lepas ni.

PS III: ouh.. tak sabar nak tahu macam mana result aku untuk kelab taska dengan smiling soul. Nak jadi the next kak ayush ke? Hihi.. wallahu a’lam. Dan Allah itu maha mengetahui. Apa-apa pun, say thanks to Allah in advance. Rasa hidup sekarang lebih indah walaupun banyak susahnya.

Sunday, July 17, 2011

let's change that attitude

assalamualaikum :')

sudah menjadi adat apabila manusia ditimpa masalah maka secara automatiknya ia mahu mencari tempat untuk mengadu. contoh yang paling dekat ialah aku. sekarang mari kita lihat masalah aku yang terbaru.


kelmarin aku balik rumah sebab emergency nak buat medical check-up. ayah yang ambil aku kat KMB. sampai sahaja di hospital 'A' di seremban, ayah dengan berbudi bahasanya tanya kat mana tempat medical check up. kerani yang berada kat kaunter pertanyaan tu cakaplah dengan berbudi bahasanya balik bahawa medical check-up tak buat kat hospital A ni. medical check-up buat kat klinik kesihatan B.

ouh, maka aku dan ayah rasa macam 'ek eleh.. buat kat tempat lain ke? dahlah penat menunggu coaster nak naik atas ni nak kena turun balik pulak?' then aku dan ayah dengan penuh berbudi bahasanya keluar dari hospital A ni. nasib baik terserempak dengan kawan ayah yang baik dan berbudi bahasa. ayah minta tolong hantar kat parking lot kat bawah sebab kawan ayah tak buat apa-apa pun menunggu dalam kereta.

kawan ayah yang baik pun hantarlah kami ke parking lot kat bawah bukit tu ha. lepas dah berbudi bahasa ucap 'terima kasih jasamu dikenang' aku dan ayah start enjin kereta nak menuju ke klinik kesihatan B ni. sampai sahaja di klinik kesihatan B ambil nombor dan terus ke kaunter 5 bila nombor dipanggil.

ayah dengan sopan dan berbudi bahasanya bertanya dengan jujur dan muka innocent tentang permasalahan aku yang buat x-ray kat klinik swasta but MARA reject borang kesihatan aku. (sob sob). lalu kerani kata kalau x-ray bukan kat sini tapi kat hospital A tadi. maka aku dan ayah rasa macam nak sebut s**t tapi sebab kami sopan kami sebutlah 'siot' jeh.

ayah tanya boleh ke aku guna x-ray film yang dah buat kat klinik swasta hari tu sebab it's not good for me in terms of health to undergo multiple chest x-ray procedures in a short period of time. lalu kerani baik itu telefon x-ray departments, reporting departments dan beberapa pihak lagi untuk bertanya soal itu.

namun, aku harus akur pada suratan takdir. pakar kata dia taknak buat report untuk x-ray yg bukan dibuat di klinik B. maka aku dan ayah bayarlah kos untuk x-ray yang baru. lepas dapat resit kitorang naik ke tingkat 2 untuk x-ray. masuk sahaja ke ruangan x-ray ada 2 orang doktor (kot.. ke pakar radiologi je?) menunggu di kaunter.

bilik yang menempatkan ruangan menunggu itu kosong. hanya ada kerusi, pendingin hawa dan TV yang tengah menyiarkan drama indonesia. sampai sahaja kat kaunter tiba-tiba salah seorang dari 2 doktor tadi cakap " okay, sekarang saya bagi tarikh untuk appointment. tarikh awak paling awal pun 19 Julai ye.."

aku pandang ayah, ayah pandang aku sekali lagi rasa nak sebut s**t. sebab nilah aku lagi prefer hospital or klinik swasta.  19 julai tu hari selasa tau tak? and aku bukannya duduk kolej mara seremban. aku ni KMBians  sejati. aku geleng je kepala, dengan harapan ayah stop jadi terlalu berbudi bahasa and kasi sembur sikit.

harapan aku terlaksana. ayah right on the spot confessed everything. this is why the whole system tak maju-maju sampai sekarang. kalaulah orang kampung yang datang macam kitorang tadi, datang jauh-jauh but the only thing yang dia dapat hanyalah 'tarikh appointment' sedangkan bukannya ada orang pun dalam bilik x-ray. pastu baliklah orang kampung tu ke tempat dia, menunggu tarikh appointment yang sebenarnya indicates betapa pemalasnya pekerja-pekerja kat sini.

aku sangatlah tahu bahawa x-ray tak ambil masa yang lama pun. (aku dan banyak kali melalui proses x-ray ni, lebih lima kali dah kot...) lepas dah kena sembur dengan ayah (tapi bagi aku masih lagi berbudi bahasa sebab ayah tak naik suara.) barulah 2 orang doktor tu suruh aku masuk bilik salin pakaian and so on. tak sampai lima minit pun x-ray film dah siap.

aku dengan ayah turunlah ke bawah semula untuk submit x-ray film tu kat kaunter 5 balik. kerani kata tunggu 2 minggu untuk reporting dari radiological department kat hospital A. 2 minggu tu lama kot, but since i know nothing about that so its better for me to see it on the good side. maybe pakar tu memang banyak gila x-ray untuk dia buat report, so, sebab tulah takes time sampai 2 weeks.


bila aku lihat balik perjalanan cerita aku yang penuh dengan cabaran dan budi bahasa ni (motip?) aku tak boleh elak untuk membandingkan antara badan kerajaan dan badan swasta.  kalau badan kerajaan looks at everything as business( like the way swasta did) mesti badan kerajaan akan offers better service. even if the profit is not shown in the financial way, but the people wouldn't keep on comparing how the kerajaan works and how the swasta works.

and finally, kerajaan wins. low cost and good service. who would rejects that? tell me... sebab masalah badan kerajaan (some of them)  ialah this attitude yang suka tangguh-tangguh and malas.bukannya aku boleh vow kat sini yang aku pun takkan tangguh-tangguh kerja bila aku jadi doktor nanti, but at least bila aku melihat keadaan ini  sebagai pihak yang ketiga, aku rasa macam tersentuh (motip?) dan terpanggil untuk buat entry ni.

sekian terima kasih banyak banyak.
syukran (tetiba rasa macam rindu nak belajar bahasa arab...)

PS I: okay esok students 2nd intake start masuk kelas. sama ada diorang form a new class or masuk kelas yang dah sedia ada, wallahu a'lam.  aku hanya mampu menanti dengan excited siapalah insan bertuah yang akan duduk sebelah aku (sebab sebelah aku seat kosong)

PS II: boleh tak KMB offer tuisyen bahasa arab? aku rasa macam sedih je bila satu persatu vocab aku hilang ditelan arus kemodenan dan globalisasi di KMB (motip?)

PS III: boleh tak aku nak cakap kat sini orang kelantan memang comel. contohnya si sarah. aku asyik nak gelak je everytime dia sebut something. comel gila tau tak? (well orang negeri sembilan macam aku ni taklah comel mana.. =_= ' )

Wednesday, July 13, 2011

aku MASIH manusia

assalamualaikum :')


bila kita melakukan kebaikan yang mana kebaikan itu adalah sesuatu yang pelik ataupun asing di dalam komuniti masyarakat di sekeliling kita, maka perkara paling sukar adalah menidakkan rasa bangga dalam diri.

bila kita melakukan sesuatu yang indah dan mengikut syariat, maka pandangan orang terhadap kita berubah seolah-olah kita ini jelmaan malaikat dan bukannya manusia biasa setaraf dengan mereka.

bila kita menonjolkan diri dengan asalnya bukanlah niat kita, maka orang sekeliling akan bercakap-cakap dan memerhatikan setiap gerak langkah dan tutur kata kita.

lalu wujudlah rasa bangga
lalu menjelmalah rasa suka
lalu terbitlah takjub luar biasa

aku takut sekali semua rasa ini adalah bisikan dari syaitan laknatullah untuk melalaikan aku, menjauhkan aku dari niat sebenar menghambakan diri kepada Allah. sukar sekali perubahan ini, Ya Allah. sungguh.. sukar sekali tajdid mencari mardhotillah ini.

aku tidak mengharapkan untuk menjadi seseorang di bawah pemerhatian manusia lain, di mana aku disangka sungguh hebat dalam segala hal agama. aku masih lagi jahil tentang banyak perkara. aku masih bertatih dalam menjadikan islam sebagai cara hidup.

maafkan aku, Ya Allah, andai pernah sesaat dua terlintas di hati, aku berpakaian begini dengan niat mencari publisiti. ampuni dosaku, ya Allah, sungguh aku tidak mahu tergolong dalam golongan orang yang kau benci.

tolong bantu aku, Ya Allah. untuk sekali ini lagi (dan sudah berjuta kali pun aku memohon bantuan-Mu). tolong aku, Ya Allah..

PS I: aku punya sejarah, setiap manusia punya masa silam yang adakalanya lebih kelam dari yang digambarkan. aku masih manusia, sahabatku. tolong jangan lihat aku lebih dari itu...


Tuesday, July 12, 2011

diri kita, tanggungjawab kita

assalamualaikum :')

rasa macam dah lama tak menulis kat blog ni. yang sebenar-benar erti kata menulis lah, kalau setakat ayat kosong tu bukan menulis bagi aku. okay, moving on.

umum mengetahui (motip?)  bahawa aku sudah pun selamat (alhamdulillah) menetap di habitat baru yang diberi nama KMB. ermm, kalau tak tahu tu silalah rujuk pada entry-entry sebelum ni yang berlabel 'IB and KMB'. semuanya penuh-penuh detail tulis kat situ.

kat sini banyak sangat kelab yang ditawarkan dan sepanjang minggu orientasi pun dah penat aku menadah telinga mendengar promosi semua kelab. bukannya tak menaraik, SEMUA PUN MENARIK GILE. jadi disebabkan ke'menarikan' semua kelab itu, maka hati bertanya kepada akal dan nafsu pula yang kadang-kadang menjawab.

dalam banyak-banyak kelab, of course lah kat semua tempat pun ada kelab kesenian or kelab kebudayaan or kelab seni persembahan. anything that's related to the artwork in any form. maka bila semua pun menarik, hati pun dah tertarik, haruslah ditanya dahulu kepada iman, bukannya nafsu.

semalam seorang sahabat (yang aku kira sangat cantik wajahnya subhanallah) ditanya sama ada mahu menyertai kelab kesenian ini (nama dirahsiakan). dan dia tersangatlah excited nak masuk (kalau kau tanya aku pun aku excited yaww..) semua orang pun suka, siapa tak suka tu agak pelik jugaklah. tapi dia tak terus sign up. dia nak masuk, hati memang rasa macam nak masuk, tapi there's a feeling inside yang buat dia rasa macam insecure dengan pilihan yang dia nak buat. the decision that might change parts of her life.

luckily (motip?) she bumped into me masa kat hostel. terus dia tarik tangan aku ke tepi (cewahh..dramatik gile) lalu berlakulah dialog di bawah:

"fatimah, tolonglah weh. bagi motivasi sikit kat aku ni weh. pening kepala aku" (lebih kuranglah ayat dia macam tu)

aku pandang dia sekejap, tenung mata dia dalam-dalam (serius macam drama indonesia yang part zoom-zoom tu) aku cakaplah:

"ini pendapat aku sahaja. kalau aku jadi kau aku akan tolak. sebagai seorang muslimah terlalu banyak perkara aku perlu reconsider. things that i might jeopardize IF i enter this particular club. bukannya aku tak suka, aku suka gila. well, siapa yang tak suka kan? but kita kena fikirlah pasal diri kita. kemaslahatan kita."

dia pandang aku, alhamdulillah dia faham apa yang aku nak sampaikan. mustahillah bagi dia yang sebelum ini melalui bi'ah yang solehah di sekolahnya dulu tak memahami apa yang aku nak sampaikan. alhamdulillah dia dapat menerima dengan hati yang terbuka.

sebagai seorang muslimah (quote dari dialog)  dan perkara yang aku cuba nak sampaikan ialah tentang aurat dan ikhtilat. bukan aku nak kata aku ni totally 10 out of 10 points dalam semua perkara. aku pun masih tak sempurna dalam banyak hal. malah takkan pernah sempurna pun. but there's always room for improvement. and there's always  some ways to prevent mistakes from happening.

and one of many ways to prevent such things happening is by pulling yourself out of the risky situations. contoh kalau kau nak masuk kelab kebudayaan, and of course you know wth this kinda club offers you and wth you must do.  so, basically, are you sure that you won't put yourself in such a situation where you might  think again and rasa menyesal join? adakah anda pasti hak anda sebagai muslimah tidak akan dicerobohi?

aurat- adakah anda pasti aurat anda akan sentiasa terjaga, because you know what it takes to be involve in this particular kind of field. singing, dancing around, potreying yourself as something you never was (acting laa bahasa mudahnya..).

ikhtilat- adakah anda pasti batas pergaulan sentiasa terjaga dimana no unnecessary talks will happen, no unnecessary actions you will do and no unnecessary emotions will get involved. perbualan dan tindakan yang tak perlu as in lepak sama-sama or borak-borak kejap over a cup of tea.

these are the things that i never wish or even thought even in my slightest running imagination and wild thinking that i will ever dare to put on the line just for the sake of having fun. of course it is important to gather as much experience as you can but small things like 'aurat' and 'ikhtilat' is the points that you must count in first.

apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini bukanlah cubaan aku untuk menentang mana-mana gerakan kelab kat sini. aku tak pernah nak halang pun orang lain masuk. aku tak pernah cakap "weh, jangan masuk weh.bahaya weh. kau fikir dulu tak ni weh ". aku hanya memberi pandangan dan pendapat ikhlas dari hati. kat sini aku jumpa macam-macam jenis orang. dan aku harap aku dapat belajar sesuatu dengan semua individu yang punya pemikiran yang hebat-hebat.

tapi apa yang orang lain nak buat, itu bukan di bawah tanggungjawab aku. kalau mereka memilih untuk melakukan sesuatu aku tiada hak untuk menghalang. masing-masing dah besar, dah cukup matang untuk bezakan baik buruk. tapi mereka juga perlu faham mereka bertanggungjawab atas apa yang berlaku ke atas diri mereka dan kesan-kesan atau perubahan yang harus ditempuhi akibat perbuatan mereka dahulu.

عَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


sekian, terimakasih.




PS I: maaflah sahabat yang aku rindu, aku jarang sekali boleh berhubung dengan korang. jangan terasa hati, jangan sedih. aku pun rindu korang jugak.




PS II: kat sini homework tak banyak pun, tapi sebab dah biasa tak buatt homework, so i have to struggle to complete the work that everyone thought too little as an IB student. ceh, baru aku faham motif cikgu bagi homework masa zaman sekolah dulu.