Friday, May 6, 2011

budak zaman sekarang.. menakutkan?!!

assalamualaikum :')


situasi 1:

kau tahu, ikan aku satu balang akuarium dah mati. tujuh ekor semua dah mati kau tahu!! (cett.. emo tak tentu pasal) okay. beberapa hari sebelum kematian menjemput mereka semua, aku dah nampak tanda-tanda diorang ni dah tak lama.

semua pakat baring (ikan baring??) je kat lantai akuarium tu. aku ketuk dinding akuarium baru nak terkejut, lari jap, pastu baring balik. aku tension pikir asal ikan ni? letih ke penat ke? ke dia tengah tido? (ikan takde kelopak mata, jadi dia tido dengan mematikan otaknya secara bergilir dan mata terbuka)

aku cakap: ni tido kot..
muadz cakap: bukanlah. entah-entah dia baru lepas 'tuuttt' ke? (mengawan)
aku: *erghh?? awkward...*

aku dah agak.. | UPU result |

assalamualaikum :')
 
seawal 11.00 pagi aku bukak laman web rasmi UPU. aku fikir aku antara yang paling lambat tahu. tapi hampeh  hampa, rupa-rupanya keputusan keluar 12.00 tengah hari. aku pun tercongok depan laptop, tak tahu apa yang boleh aku lakukan selain menunggu. lalu aku tengok blog list, banyak lagi yang aku belum baca.
 
untuk pertama kalinya aku bukak semua yang aku belum baca! penat membaca, aku tengok jam, 11.48 pagi. arghh.. tension. aku bukak skype, ingatkan shahirah online ke apa, rupa-rupanya hampeh hampa sekali lagi.
 
aku bukak email (ada email banyak kat spam, semuanya pasal facebook updates. bosan.. dah deactivate pun nak memekak.) aku baru teringat aku tak tekan butang (opt out) aku bukak balik fb aku, deactivate balik dan tekan butang opt out. harapnya settle dan aman hidup aku lepas ni.
 
aku mengerling jam di sudut kanan penjuru bawah laptop. 12.00 PM ! terus aku bukak laman web upu.mohe.gov.my  (aku rasa aku orang pertama yang masuk.. peace..)
 
jadi apa keputusannya??
(meh, aku letak jumpbreak kasi suspens)
 

Thursday, May 5, 2011

dilema

assalamualaikum :')

aku dengan berani membuka YM-ku yang dah lama tak aku buka (mungkin sejak tingkatan lima lagi) untuk mencari alamat email kau.  dan aku berharap malam ini segala yang terbuku dapat aku luahkan. selepas itu, terserah kepada kau. aku hanya mahu menguraikan tali persahabatan (kalau masih ada) yang sudah terlalu rumit disimpulkan.

Wednesday, May 4, 2011

bergurau pun ada batasnya..

assalamualaikum :')




aku baru balik dari menghantar dan menjemput muadz dan hanis (adik-adik aku) dari kelas tarannum (sungguh aku cemburu dengan mereka..) sebenarnya idea ni dah lama ada, tapi baru sekarang nak terluah.

idea pasal entry ni, aku dapat masa menonton satu video ni di youtube. jumpa video ni pun secara tak sengaja, tapi aku sangat terkesan dengan video ni. itulah yang menyebabkan aku mahu meluahkan apa yang terpendam dalam hati aku. 

NAK TAHU VIDEO APA?

Tuesday, May 3, 2011

wanita yang menjadi penghuni neraka

assalamualaikum :')

sudah menjadi satu trend ataupun kiranya up-to-date fashion masa kini ialah wanita bertudung yang menggunakan selendang untuk menutup aurat mereka. bagi aku sikit pun tak salah untuk kalian menggunakan selendang, tapi yang aku lihat di kedai-kedai tudung sekarang, selendang yang hendak dijual adalah kecil (dari segi kelebaran dan panjang hujung ke hujung). al-maklumlah, aku pun tak tahu bagaimana nak menggunakan selendang ini (lalu aku cari tutorial di youtube) tapi apa yang aku nampak, kebanyakan wanita yang menggunakan selendang tidak sempurna penutupan aurat mereka.



muka cantik tapi sayang...


Monday, May 2, 2011

ciptaan Allah yang terindah.

assalamualaikum :')

semalam aku dan adikku (aisyah yang sedang cuti pendek) menonton dokumentari di history channel (kalau tak silap... atau mungkin discovery channel??!!). kami menonton 'modern marvels' episod keep it out. episod yang ini membuka kisah belakang tabir tentang kunci keselamatan.

takkan hangpa tak tau kunci keselamatn tu apa? kan pagar rumah (seluruh malaysia) ada mangga untuk extra security. tau tak ada lagi banyak versi security lock ni? mangga tu kira macam padlock biasa, sekarang ada combination padlock (guna pada loker selalunya) dan paling hebat lock pintu yang boleh dibuka jika guna cap jari, imbasan mata dan ada juga imbasan salur darah dalam badan!


Sunday, May 1, 2011

move on

assalamualaikum :')

entah kenapa lepas mendengar sebuah lagu, mentolku terus menyala. (tiingg!) maksudnya idea dah datanglah. ilham baru nak masuk otak . kira okay laa tu. at least ber-update jugak blog ni. aku paling susah hati kalau tak ada entry dalam sehari. rasa macam tak kena. haha. sekarang hanya ada blog sahaja untuk aku luahkan rasa, so, sinilah segala-galanya terhumban. (walaupun aku takde nuffnang dan blog ni macam ala kadar saja).

jadi, setelah mendengar lagu garth brooks (entah betul tak eja nama ni) aku terus teringat kepada seseorang (mungkin lirik itu merujuk kepada situasi dia, jadi terasa macam sangat dekat dengan dia). jadi, tajuk entry terbaru ni, 'move on' nak cerita tentang anda-anda semua yang dok layan perasaan kena tinggal dengan pacar masing-masing (aku lagi selesa taip pacar. kalau tulis kekasih nak muntah weh)

jadi ada apa dengan lagu tersebut?