Friday, June 24, 2011

umrah 2: hari-hari di bumi madinah

assalamualaikum :')

(umrah 1)

sebab dah janji kenalah ditunaikan. kalau tak ditunaikan janji yang dah dibuat, itu dah masuk ciri-ciri orang munafik. tak gitu? anyway.. alhamdulillah keluarga aku berkesempatan menunaikan umrah pada tahun lepas. mulanya aku macam agak cuak sebab aku kan exam besar tahun lepas (SPM) tapi bila fikir balik, lagi untunglah aku.. kalau doa dapatlah dimakbulkan! haha..

aku tak tahu pula waktu kami menunaikan umrah itu adalah semasa musim panas di sana. perjalanan yang memakan masa yang lama membuatkan otak aku yang lembab semakin lembab untuk berfikir. tambahan pula seat yang aku dapat dalam flight terpisah dari keluarga aku, duduk pula sebelah foreigner, memang aku tidur aje sepanjang masa. tertekan sebab flight jauh tapi tak duduk satu family. sedih tau!



tapi semua tu aku lupakan bila aku menjejakkan kaki di lapangan terbang Bahrain (transit sekejap untuk solat zohor dan asar).  selepas itu perjalanan diteruskan ke jeddah pula. bila sampai di jeddah, turun saja dari kapal terbang ada macam 'coaster' (BETUL KE EJA?) jakun laa aku naik, first time dari kapal terbang nak gi terminal naik menda ni.

lepas ambil beg semua, berkumpul dan berjalan lalalala ke bas kitorang. masa ni malam (dan masa ni aku tak tahu lagi yang sekarang tengah musim panas). masuk je bas, aku dengar suara lelaki indonesia. weh.. suara macam ni aku dengar dalam sinetron aje. tapi ditakdirkan Allah, suara tu rupanya dari anak tekak mutawwif group kami (mutawwif tu macam tour guide la. kira tanya apa2 pun boleh) namanya Hamdan. tapi dia kata 'panggil nak hamdan pun boleh'. (by means 'nak' tu 'anak' okay)

sampai kat hentian pertama, macam R&R, tapi taklah semewah kat malaysia ni. berhenti pun sebab nak solat. kat sini aku mula perasan airnya masin. aku tak rasa tapi kau tahukan beza kalau kau dalam air laut dengan air kolam? ha.. itulah yang dapat aku rasakan.

lepas solat,masuk bas balik. tapi ustaz Hamdan tu bagi makanan. first time aku makan, rasa macam 'perghhh sedap gila tuuuu'. first time makan nasi ayam penyet. sebab kitorang sekeluarga dapat 9 bungkus, yang kecik-kecik pulak taknak makan sebab nak tidur aje, apelagi simpan stok laa jawabnya. yang beria-ia makan aku dengan si ecah.

lepas makan, perut kenyang, mata mengantuk badan penat apalagi... tidurlah aku sepanjang perjalanan.  bila terjaga je bas sedang bergerak perlahan. rupa-rupanya dah sampai madinah! alhamdulillah. mata aku bukak je terus nampak masjid nabawi. besarrrrr lawaaa  wa cakap sama luuuu.. hotel yang kitorang duduk pun tak sampai 100 m dari pintu masjid. aku turun je dari bas aku ingat nak masuk bilik laa sambung tidur. tak kusangka, subuh di sini tak sama.

rupa-rupanya waktu kitorang sampai tu dah nak masuk subuh. lagi sejam je nak masuk subuh. ayah apalagi, suruh naik bilik letak beg, turun bawah balik. aku ingat kat sini nak masuk masjid tu macam 'lalalala.. masjid cantik..weeee' tapi pintu sebelah perempuan ni ada inspection setiap kali nak masuk. macam nak check la takut bawak masuk barang yang dilarang (walaupun aku tak tahu apa yang dia tak bagi)

satu perkara yang aku terkejut bila nak berebut masuk pintu tu, tiba-tiba pegawai berpurdah tu dia jerit ' saff, ya ibu. sabar ya ibu.' aku pun macam.. fuyooooo.. dia cakap bahasa aku. haha. padahal sebenarnya yang dia tuturkan tu bahasa indonesia. agaknya dah biasa bergaul tu yang boleh fasih sebut tu.

masuk je masjid nabawi untuk pertama kalinya, aku nampak tong air yang banyaaaaaaaaaaaaaakkkkk sangat. adalah tulis kat tong tu 'air zamzam' apalagi kau, kitorang adik-beradik macam tak jumpa air setahun, cekau dua tiga cawan sorang. dahlah air sejuk. memang rasa nak bawak je sekali tong tu balik hotel.

solat subuh berjemaah, aku dengar imam tu menangis, hati aku pun rasa sayu sama...  aku tak paham pun kecualilah beberapa perkataan yang dah familiar guna dalam kelas arab. lepas solat tu, ada solat jenazah. even adik aku sarah yang baru berusia lapan tahun dah pandai nak solat jenazah everytime lepas habis solat  sebab sentiasa ada jenazah.

begitulah rutin hari-hari berikutnya. alhamdulillah, sepanjang di madinah tak pernah kami sekeluarga solat di dalam bilik. setiap waktu solat setiap hari ditunaikan di masjid nabawi. walaupun terpaksa meredah panas terik mentari yang mengeringkan kulit dan angin yang panas kering bertiup laju, tetap diredah jua. insya-Allah bumi madinah akan ku jejak lagi.

PS I: lepas ni insya-Allah akan diceritakan ziarah-ziarah di madinah termasuklah menziarahi 'raudhah'.
PS II: gambar insya-Allah menyusul kemudian kalau masih ada kesempatan.

4 comments:

aDik said...

best post ini ! :)

TiM said...

thanks. saje nak tulis nak ingatkan balik. bukannya dapat pergi selalu kan?

aDik said...

yup2. thats true. tp pndai jugak kau mengolah kisah ini, membuatkan aku as a reader tersentuh qalbu. :)

good job,keep it up Girl!

loveyou.

TiM said...

thanks, dear!

xx