Saturday, May 28, 2011

aura nak kahwin je sekarang..

assalamualaikum :')

baru sampai rumah lepas menghadiri majlis pernikahan jiran. alahai.. jiran depan rumah je, nikah pun dekat rumah, memang senang nak pergi-balik. walimahnya tengah hari esok, ermm best kan? aku suka macam ni. nikah malam, walimahnya esok (bukan atas alasan apa-apa okayyy..)

kalau majlis nikah-kahwin ni semua pun best kalau nak cerita. tapi ada jugak part yang aku tak suka bila pergi majlis kahwin ni..





haa.. tulah jadinya. bila mak si pengantin keluar dengan muka berseri-seri (serius muka auntie ros tadi macam glowing jee) mak-mak yang lain ni pun mulalah aktiviti mereka, setiap kali majlis pun aktiviti yang sama.

mak A: ishh.. cantik betul pelamin tu yaa. mahal ni tempah ni.
mak B: eh.. tu Ros buat sendiri tu bunga semua tu. kita yang kerja ni mana sempat nak kejar ni semua ni. nak masak lagi, kemas lagi..
mak C: a'ah laa B. tapi cantik ye pengantin tadi. lauk malam ni pun sedapp.
mak B: eh betullah. bacang tu sedap betul.
mak A: ada bacang ke dalam lauk daging salai tadi?
mak B: eh.. ada..

tiba-tiba mak pengantin datang.

mak pengantin: eh makan-makan. tambah lagi. B, C, A tambah laa lagi.
mak A: ehh. takpelah Ros. dah kenyang dah ni.
mak B: ni kek lapis ni kau buat sendiri ye? sedaplah Ros..
mak C: a'ah..sedap. bunga pun cantik-cantik kau buat Ros.
mak pengantin: alah.. biasa aje tu. tak lama lagi giliran akak pulak kan? ni semua anak dara dah besar dah ni.. (sambil memandang aku dan kakak aku. ish..ish..ish..)

mak aku pandang aku sambil senyum (ada makna tu..) aku pun pandang kakak aku, kakak aku pandang aku. aku teguk air sirap. kakak aku pendang tempat lain. semua mak-mak lorong titiwangsa 5 pun tergelak.

haaa... itulah aktivitinya. bila pergi majlis kahwin anak-anak kawan mak aku, mak aku asyik-asyik keluar aura nak kahwinkan anak sendiri. yang jadi mangsanya mestilah aku. sebab kakak aku asyik-asyik orang ingat anak nombor dua. AKULAH ANAK NOMBOR DUA! dia sulung, kenapa aku yang kena? ishh.. ini semua sebab ketinggian. memang jauh beza tinggi aku dan kakak aku. even dia pakai heels, aku pakai selipar dah takde tapak pun still aku lagi tinggi. adalah sekaki beza kot.

tapi, aku redha je. bila semua mak-mak nak meng'gosip-liar'kan aku. aku tak kisah pun. kok ade rezeki kahwin dengan anak jiran yang dapat anugerah dekan tu , aku tak tolak laaa (amiiinnnnnnnn...)

ahaha.. gurau aje. aku baru lapan belas. lepas ni nak buat IB, lepas IB insya-Allah fly untuk sambung medic. 5 tahun 5 bulan habis medic, graduate. lepas graduate buat housemanship dua tahun. habis haousmanship umur aku dah DUA PULUH TUJUH. ish..ish..ish. takde masa nak fikir pasal kahwin ni semua.

PS I: aku suka pergi majlis pernikahan sebab dengar pasal tanggungjawab suami dan tanggungjawab isteri dalam rumah tangga. tadi, tambah lagi satu ilmu. solat orang yang dah berkahwin sebanyak 2 rakaat bersamaan solat orang bujang 70 rakaat. baik kahwin cepat!!

PS II: ermm.. bila aku nak kahwin agaknya? (ok dah bye.. kang meleret-leret pulak berangan..)

PS III: mak A, mak B mak C, semua watak hidup dan perbualan diatas dirakam semasa tengah menjamu selera lepas tengok pernikahan. aku mengintai belakang tabir. lepas tu terharu lebih-lebih. ahaha.. gedik.

PS IV: mak aku heret aku dengan kakak aku naik tingkat atas nak tengok bilik pengantin. aku bau wangi.. nampak bunga kecik-kecik warna putih. aku cakap kat mak aku, "ini sundal malam kan?" jiran-jiran bantai gelak.. "bunga melurlah sayang..!" malunyaa.. sedap je mulut sundal malam. ni semua sebab pontianak laa ni.

6 comments:

Dahlan said...

Tim, who doesn't want a marriage life? Everyone does. Infact, as mankind we are told to get married right?

If I were you, I would take it calm. Nothing to be upset about. Don't be proud as well. But just take it as compliment.

Till then, smile always Tim!

TiM said...

ahaha.. okay. saje kasi gempak nak buat entry. tapi suka tengok orang kahwin. memang best pun.

tak pernah cakap taknak kahwin, just tak tahu bila.

chillax always dylan!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

haha..tu la pasal....

tapi kan GKSB slalu dianggap budak sekolah atau pon baru abeh sekolah..

so tak ada la kes "bila nak kawen?" antara kawan2 umi GKSB ni hehe

TiM said...

GKSB:

tak adil tu.. saya tak further study lagi orang ingat dah grad..

huh, tanda penuaan pra matang. (ade ke perkataan tu?)

Iffah Syuqaira said...

em, jgn lupa jemput! :D
aku sanggup balik dr jemput krn kau.. haha (ceh, nmpk nar menipu XD)

TiM said...

iffah:

ahahaha.. nampak beno nipunyerr..