Saturday, April 30, 2011

consideration

assalamualaikum :')

Oh ya, sebelum terlupa, tahniah kepada kawan-kawan cik timah yang dah tahu dapat tawaran ke matrikulasi yang mana. aku dapat metrikulasi negeri sembilan. kolo pilah le tu. haha. anyway, selepas beberapa hari berlalu (lepas interview MARA  hari tu) aku tiba-tiba terfikirkan masa depan. kira bahasa mudahnya berangan lah.

tiba-tiba terfikir, betulkah tindakan aku yang nak belajar di luar negara ni? wahh, masa interview hari tu bukan main lagi hujah hebat nak sokong universiti luar negara, sekarang aku asyik fikir kenapa sejujurnya aku ni nak sangat pergi luar negara tu?


Thursday, April 28, 2011

deactivating.

'IKHTILAT' YANG DIBOLEHKAN



Di sana terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yang dibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengan tuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya.


'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah


'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` seperti urusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yang memerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatu permasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yang berkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusan tersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.

cuba terima TIDAK !

assalamualaikum :')

hari ini cik timah nak buat post pasal (korang perasan tak ayat aku awal post semua camni.. ishh) belajar menerima perkataan 'TIDAK'. kadang-kadang (tak tahulah korang perasan atau tak) aku tengok ramai orang di luar sana tak reti menerima perkataan 'tidak' ini. macam-macam situasi yang aku nampak, kiranya aku pun tak perasan sangat awal-awal tu, tapi makin lama, aku makin berfikir kenapa manusia sukar untuk menerima 'tidak'

ini ada beberapa situasi yang aku nak bagi contoh:

Wednesday, April 27, 2011

MARA interview.

assalamualaikum. :')

so, cik timah takde ape nak buat dah lepas interview atau temuduga MARA ni selesai. tapi ingat nak buat post tentang soalan dan jawapan yang aku dah prepare (tapi macam haremmm panel penemu duga tak tanya pun..haha)


den raso nak ngamuk camni haa.



tapi aku sangat happy dan gembira. sekurang-kurangnya sesi temuduga tadi taklah se'menakutkan' seperti yang aku ingat. baik punya skema jawapan aku prepare, tapi dah panel tak tanya, takkan aku nak tanya panel plak. haa, main kasar nampak..

Monday, April 25, 2011

Medical School :')

assalamualaikum reader(s) :')

setelah genap empat hari rutin yang sama aku ulangi, aku memutuskan untuk berkongsi saja apa yang telah aku kaji. (wahh, mulia gitu..). jadi, dalam entry ini, aku akan senaraikan universiti yang menawarkan perubatan di United Kingdom (sebab saya nak pergi sana. kbai)

(hasil carian enjin google dan sumber: wikipedia)

Di UK terdapat 32 universiti yang menawarkan bidang perubatan. 24 di England, 5 di Scotland, 2 di Wales dan 1 di Northern Ireland. untuk lebih info tentang advantages dan disadvantages universiti-universiti yang ditawarkan, sila tekan sini. (baco sendiri, den maleh nak translate semuo)

Saturday, April 23, 2011

pemuda mesir.

assalamualaikum :')

(kecewa sebab tak dapat tengok ashraf muslim bertunang live kat TV9. aku kena drive nak hantar ayah ke KLIA pagi ni, korang simpankan gambar ashraf untuk aku ye, sob sob) okay, yang part tu dah potong. sila kembalikan mood untuk menulis, terimakasih.

baiklah, reader (s)(?) hari ini kita nak mengimbas kembali (fatimah zahra) yang berusia 15 tahun. ya. lima belas ye (terimakasih). aku membuka kotak privasi aku (kotak besar yang aku gunakan untuk menyimpan barang-barang  personal) dan menyelak beberapa helai kertas. kau tahulah, cik timah ni kalau tak stabil je akan menulis surat. tau tak surat tu untuk siapa? kalau aku cakap nanti kau kata aku sah 'mental'. haha. surat fatimah tulis untuk 'zahra'. osahh sengal eh.. (aku tau..)

Thursday, April 21, 2011

fanaticism.

assalamualaikum :')

aku terpanggil untuk menulis post sebegini apabila seorang junior-ku dengan beraninya meluahkan pendapatnya (yang mana bagi aku tak salah, tu blog dia kot) tapi malangnya dia dihentam oleh peminat topik di blognya itu. (maaflah bahasa macam putar belit sikit).

fanaticism atau bahasa yang lebih mudah ke'fanatik'an (amboii, mudah kaa?) adalah sifat di mana individu atau sekelompok manusia secara extremenya meminati sesuatu. kadang-kadang kita meminati sesuatu dalam cara yang extreme tapi kita tak sedar (maklumlah, dah tahap extreme sangat).


gambar hiasan semata-mata. penulis tiada motif lain.

kenangan- EDUCAMP YTM/YTN 2011

assalamualaikum :')

atas permintaan ramai (sorang cukup, itupun kat cbox je) aku akan menceritakan pengalaman pertama aku di kem biasiswa ini dan seumpama dengannya. tapi entry ini agak bosan (bagi mereka yang takde pun di sana) sebab tak ada gambar yang boleh di attach kan sekali. harap maklum.


Tuesday, April 19, 2011

Terlanjur.

assalamualaikum :')

topik kita pada hari ini berkisar tentang apa yang aku baca dan apa yang aku dapat lihat dalam blog kawan-kawan aku yang lain. entahlah, aku sendiri tak tahu macam mana nak describe perasaan yang sebenarnya bila baca entry-entry mereka. sedihlah, kecewalah, putus cintalah dan ada juga yang masih angau-rindu dalam  dunia percintaan.


aku sendiri boleh kata aku naik jemu dan muak disajikan dengan benda yang sama. aku tak boleh salahkan mereka sebab itulah yang sedang mereka hadapi. satu pertarungan yang sangat hebat; melawan nafsu diri sendiri! mungkin sekarang aku boleh katakan perkara sebegini, entah esok lusa aku pula berperangai yang sama (minta dijauhkan). tapi satu sahaja nasihat aku pada mereka.

apa dia?


Sunday, April 17, 2011

Alhamdulillah

Nama : FATIMAH ZAHRA BINTI ZULQARNAIN \


No. Kad Pengenalan : 93031805****


Tahniah! Anda berjaya untuk menghadiri temuduga seperti berikut :


Tarikh : 27.4.2011


Masa : 12.00 TH


Program : PERUBATAN


Tempat Temuduga : Pejabat MARA Negeri Sembilan Aras 4, Seremban Plaza, Jalan Dato' Muda Linggi, 70400 Seremban


P/S: enough said. and that makes me feels sooo much better now.
P/S II: i really hope that I can go through (and survive) in this interview. My future depends on it now.


THE ANSWER.


assalamualaikum :')

aku sudah buntu. dan kebuntuan itu membuatkan aku
sebenar-benarnya mula berfikir!


After going through such a fantastic three days of great experience, I'm growing now (literally) to become a better person.  Criticisms and experience are two major components that alter my character now. I found myself not being honest and happy with my multiple planning of whether to be a DOCTOR or an ENGINEER.

so, which one I choose?

Wednesday, April 13, 2011

i will compare my beloved to..


assalamualaikum :')

entah kenapa tiba-tiba teringat soalan ni. ini salah satu soalan (daripada berbelas set soalan) yang kami pelajar tingkatan 5 ikram buat dulu. siapa ingat lagi? haa, dan salah satu jawapan yang paling kelakar ialah


COKLAT!

Tuesday, April 12, 2011

persediaan sebelum menghadiri temuduga biasiswa.

assalamualaikum :')

disebabkan aku tengah dilanda angin keterujaan melampau dan kesukaran untuk menenangkan hati aku (semenjak dpt email YTM dan petronas) aku memutuskan untuk membuat sedikit research tentang apa yang bakal aku hadapi. temuduga biasiswa bukanlah sesuatu yang mudah, aku sangat yakin tentang itu dan aku terlalu takut untuk memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku. aku tahu, berkemungkinan besar aku takkan dapat pun biasiswa YTM dan PETRONAS. antara sebabnya:

Status Permohonan biasiswa PETRONAS

Salam sejahtera daripada Unit Penganjuran Pendidikan PETRONAS







Tahniah!






Anda telah disenarai pendek untuk mengikuti Program EduQuest Camp bagi pemilihan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS.

Monday, April 11, 2011

kem pemilihan pelajar biasiswa YTM 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari terpilih untuk menghadiri Kem Pemilihan Pelajar Biasiswa YTM 2011 bagi Program Persediaan di Luar Negara. Maklumat Kem adalah seperti berikut:-



Tarikh : 15 – 17 April 2011
Tempat: TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd (ILSAS)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
bangi, Selangor
Pendaftaran: 8.00 pg – 9.00 pagi

Wednesday, April 6, 2011

less than 3.

tau tak apa maksud 'less than 3'
haa. bersepah aku jumpa benda ni.

<3

TERIMA KASIH.
i 'lessthan3' u too.

one word.

LULUS.

*dan aku sayang abang JPJ tu.

Tuesday, April 5, 2011

hanya itu aku pinta.

HANYA SATU AKU MAHU.
UNTUK ESOK, DAN ESOK SAHAJA.
TOLONGLAH.

AKU MAHUKAN KETENANGAN.
TIDAK MENGEJAR TRAFFIC LIGHT LAGI
DAN KESABARAN MEMANDU PERLAHAN.
JUGA ABANG JPJ YANG BAIK HATI.

TOLONGLAH UNTUK ESOK DAN ESOK SAHAJA
DEMI RM80 YANG DAH TERBAZIR SIA-SIA
DEMI LESEN 'P' YG KUTUNGGU BERKURUN LAMA
DAN TOLONGLAH UNTUK ESOK SAHAJA.


HANYA ITU YANG AKU PINTA.

Saturday, April 2, 2011

"minggu depan kita, satu family pergi umrah"-ayah

suasana di meja makan pagi-pagi hujung minggu seolah-olah dimainkan berulang kali dengan menu yang sama dibeli di kedai makan, ibu ayah dan aku menjamah makanan masing-masing. semua diam tiada kata-kata. aku merenung ayah, kemudian ibu, kemudian aku kembali makan.

"ayah sebenarnya ada surprise" suara ayah tiba-tiba memecah kebisuan di meja makan rumahku.

"surprise? apa dia?" aku bertanya. kerana aku memang bukan seorang yang penyabar dan ditambah personaliti tak tahu malu, aku lantas bersuara dengan suara yang agak lantang, tak terkawal.