pernah suatu ketika, aku meyertai sebuah kem anjuran TM, lebih dikenali dengan nama EDUCAMP YTM (dianjurkan saban tahun untuk menguji pelajar yang akan diberikan biasiswa) aku telah diberikan sebuah bilik (untuk penginapan) dan bilik itu adalah untuk dua orang. ini bermakna aku harus berkongsi bilik dengan seorang lagi peserta kem tersebut.
bila datang bab berkongsi, sedikitpun aku tak kisah, kerana sekarang pun aku masih berkongsi bilik (nenek aku tidur dengan aku, jangan jelous!!). tapi yang menjadi masalah ialah orang yang menjadi partner aku di dalam bilik itu ialah seorang chinese girl bernama Yi En (itu ditaip berdasarkan bunyi, aku sendiri tak tahu nama penuh beliau..) hihi.
monolog dalam yang direka. |
aku pun jarang spend masa kat bilik tu, kecuali untuk tidur, siapkan assignment yang diberikan fasilitator dan gosok baju (ramai tanya mana aku dapat iron, aku bawak sendiri lahh.. ) sepanjang dekat kem tu jugak, aku tahu aku mesti jaga batas aurat aku. yelah satu bilik dengan chinese. susah tau!
kena pakai tudung all the time walaupun rasa sesak benarlah kepala aku. nak tidur pun aku sungkup kepala dengan selimut (Allah jelah yang tahu betapa aku susah nak tidur kat sana). dan paling penting sekali aku bangun awal sebab nak pastikan masa aku tidur aurat aku still terjaga.
aku bangun awal, gosok baju, mandi lepas dah siapa pakai baju semua baru aku kejutkan dia. kadang-kadang tu dia bangun sendiri, terkocoh-kocoh aku nak cover aurat. (tapi terbabas jugaklah sekali dua.. susah kan?)
jadi bila ditawarkan untuk menyertai IB di KMB macam yang aku dah terangkan kat sini dan dua tiga entry sebelumnya, aku mula terfikir, apakah senario yang sama akan berulang? aku mulalah buat research and memang terbukti akan ada non-muslims sekali kat KMB (because aku ni bawah MARA aku ingat semua pun melayu.. )
aku jadi takutlah, macam mana kalau ditakdirkan sama bilik dengan non-muslim lagi? sebab kat KMB pun bilik dikongsi dua orang. aku memang yakin aurat wanita islam dengan wanita bukan islam masih sama macam wanita islam dengan ajnabi. well , kita tengok hasil 'google'an aku.
(copy paste dari blog al anwar tajudin )
Soalan:
1.Setakat mana Aurat antara orang bukan Islam(perempuan) dan orang Islam (perempuan)?
2.Hukum bersentuh kulit antara orang bukan Islam(perempuan) dan orang Islam (perempuan).
Jawapan
1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat. Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `au Nisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah an-Nuur (24). Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "au nisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.
Ini bermakna aurat wanita di hadapan wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar al-Khattab RA kepada Gabenurnya, Abu Ubaidah al-Jarrah supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.
Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326) beliau berpendapat maksud `au nisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita yang baik akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni (mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn Arabi.
2. Hukum bersentuh kulit wanita Islam dan bukan Islam. Firman Allah taala yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.." (at-Taubah: 29).
Jumhur ahli Feqah mengatakan orang musyrik tidak najis, cuma najis maknawi (batinnya saja yang kotor dengan menyenkutukan Allah, namun fizikalnya adalah suci (Imam Ibn Qudamah al-Hanbali, alMughny, Jld 1, ms 45-46.
Oleh itu tidak apa-apa bersentuhan kulit antara wanita islam dan bukan Islam.
jadi, hukumnya tetap sama. (but I wonder macam mana pulak kalau sampai 2 tahun? still batasan yang sama atau ada kelonggaran?)
tapi apa-apa pun aku respect kawan aku yang dapat PLKN lepas habis SPM haritu. dalam kelas aku, dia sorang je yg di'offer' masuk PLKN. sedihnya dia, kesian. tapi dia jaga aurat dia, dengan sangat baik (tanda tarbiah yang bagus sejak kecil kan?)
dan paling best ialah apabila seorang non-muslim bertanya kepada kawan aku (nama beliau hidayah)
non-muslim: hey, i nak tanya sikit boleh tak?
hidayah:: tanyalah
non-m: ermm.. you pakai tudung all the time ni sebab dalam agama you suruh kan?
hidayah: (terkejut, terpempan sebab non-muslim pun tahu batas aurat) oh.. ha'ah. kenapa?
non-m: habis tu kenapa yang lain tak pakai ek? (menunjuk ke arah berlambak muslimah yang satu dorm dgn diorang tapi tak pakai tudung pun)
hidayah: (dah tak tahu nak jawab apa) hihi.. (senyum)
(ini perbualan yang aku edit-edit, versi yang betul hanya 'hidayah' je yang tahu)
aku tak naklah ada suatu situasi nanti di mana yang non-muslims pulak yang tegur aku kenapa tak tutup aurat? tak ke rasa macam pelik? seolah-olah seorang penganut kristian mengingatkan kita untuk menunaikan solat.. its a very awkward situation, ya know?
8 comments:
Hmm, I'm no expert at this Tim, but I think maybe you should just lepak with the any girl and be it any religion. After all, she's a girl, Tim. Don't treat her different. She'll feel outcast.
Bagi ak, kalau I'm sharing a room with someone, I would be wearing a sweater as that's covers our body and a tracks. Simple dressing but it covers our aurat quite a lot, I think.
But anyhow, it's up to you to agree or disagree. I'm just saying from my point jer.
Smile always Timah :)
kagum dengan cik fatimah =)
Bab hukum-hakam dalam agama kita usah cuba dilonggarkan. Islam amat mudah dan cantik. Pada kakak tidak ada susuhnya sekadar menutup aurat. Lagi senang kalau dah masuk waktu terus berwudhu' dan boleh solat. Tak perlu lagi nak cari telekung berbagai bila kita sentiasa menjaga aurat kita.
Ingatlah siksa Allah itu benar dan amat sakit tidak terjangkau akal kita.
Syukur Fatimah tidak abaikan soal ini. Kakak suka. Jaga aurat kita selalu....
p/s: sedih yg tak sedar bertudung tapi lengan dan kaki terdedah, walhal itu adalah aurat kita....
dahlan:
bila borak and lepak memang tak awkward langsung tapi its quite challenging sebab this thing deals with my religion.
anyway, thnaks for the opinion. aku sgt menghargai itu.
okay, smile! =)
iqbal hakimi:
thanks..
kakzakie:
thanks akak! tulah.. first time, sebab tu awkward sikit. kalau dah lama-lama insya-Allah okay.
erm.. soal pakai tudung tapi lengan dn kaki terdedah tu dah common sampai saya pakai tudung masa dlm dorm hari tu pun ada orang persoalkan. hihi. susah nak jawab soalan diorang.. pelik-pelik punya pendapat tapi tak based on hukum yg allah dh tetapkan.
smile kak! =)
salam ,
islam itu mudah. jangan smpai ia menyusahkan. islam memudahkan kita, bukan bermakna kita bermudah2.
moga ini mmbantu ;
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/aurat-wanita-di-hadapan-wanita-bukan-islam-0
fiq ahmad:
oh..terima kasih banyak-banyak. sangat membantu..
Post a Comment