assalamualaikum :')
setelah berpenat lelah mengopy-paste tak diketahui haluannya untuk cik iffah kesayangan beta ni, rupa-rupanya beliau sudahpun membaca entry ini di dunia tanpa batasan (internet). itulah keburukannya ya kawan-kawan. lain kali jangan kopi-pes. kau sibuk je kopi-pes rupanya orang dah baca.. sedeyhhhhh!!
dah, cukup emo di situ, sedangkan tenaga yang dikeluarkan untuk menghasilkan entry sebelum ini tak sampai pun 1000 J (bersamaan sepinggan nasi ye?). jadi apa lah nak dikisahkan?
jadi apa pandangan aku sebenarnya tentang IB (international baccalaureate) ni?
kau tahu, first time aku dengar huruf IB ni ialah semasa sesi beramah mesra dengan geng baru kenal, di tempat duduk menunggu giliran sebelah kaunter pendaftaran. kalau nak tahu apa jadi masa interview MARA tu click sini . mereka yang duduk dengan aku adalah dua tiga kali sebut IB, excited nak IB, IB itu IB ini.
aku cakap dalam hati : apa mende jadahnya diorang merepek ni? model henpon baru ke? jenama kasut ke handbag?
aku pun tak praktikkan peribahasa, 'malu bertanya sesat jalan'. yelah. memanglah malu aku nak tanya. macho kenalah jaga bhaii.. itu semua pesaing aku tu. kang aku tanya "excuse me, IB tu binatang apa?" mau gelak guling-guling mereka semua on the spot kan?
jadi aku diam. tanpa ketahuan halanya IB tu apa. ada aku kisah?
kali kedua aku dengar ni ialah bila aku bukak result MARA. bila ditulis kat situ:
tempat: international baccalaureate/Kolej Mara Banting
maka itu first time perkataan 'Baccalaureate' menyapa mata aku. (aku bukan kaki novel BI, semedang baca jane austen ke, judith macnaught ke. ada paham? melayu sejati kampung mali ni) mula-mula aku macam "what the..??" pastu aku goggle la. internet ada kan, takkan nak tanya kaunselor kat sekolah IB tu apa. buat malu jek. macho kena jagalah bhaii..
barulah aku google IB tu apa. at first, macam CAS, TOK, EE (extended essay), semua hurop pelik-pelik dan makin pelik keluar. aku dah mula nak hangin kenapa semua orang nak guna singkatan. cakap betul-betul tak boleh ke? lepas tu aku bukak laa blog yang senior-senor kat KMB.
baru aku paham, IB tu apa, CAS tu apa (creativity action service), TOK tu apa (theory of knowledge). dam macam-macam lagi. semakin aku baca semakin aku tertarik hati. (wahh..tertarik gitu. BM kauuuu..) lepas tu aku gedik laa kan dilema bagai macam yang diluahkan dalam entry yang ni. tapi bila ramai support, aku jadi kembang la. semakin yakin nak pilih. laa, satu malaysia ni bukan aku je duduk kat KMB nanti, ramai kotttt. (termasuk kawan aku darjah enam nama dia maryam. ouhh..suwit jumpa balik)
jadi, apa pendapat aku tentang IB?
aku rasa IB will make a HUGEEEEE change in my life. kira macam apa yang aku lalui masa educamp YTM / YTN hari tu. IB ni kiranya the perfect place untuk mengasah soft skills. kira sama macam kursus TM kan, cuma this one extended version jadi 2 tahun. aku harap cabaran yang (konfem) akan datang ni mengubah dan menempa (apo itu menempa..??) aku menjadi insan yang sebenar-benar insan di sisi Allah.
at first, aku nak reject pun atas alasan ibu aku, second, aku takut pengisian rohani tak ada. maklumlah, aku ni kalau tak diingatkan, lalai aje semedang. alhamdulillah, kat IB ada usrah, ada ceramah. alhamdulillah. at least dalam masa dua tahun kritikal ini, adalah juga ilmu agama yang bertambah. tak adalah aku alpa kejar dunia semata-mata kan?
semalam ibu dah tanya, nak pilih yang mana. well, its not fair sebab 'tempoh seminggu untuk plan 6 years ahead' tu tak habis lagi. tapi aku cakap aku nak MARA. then ibu tak kisah pun. senyum aje. frankly, takkanlah ibu nak bantah. ibu and ayah both belajar kat UK dulu, met and married there (aku pun ke?? i wonder...) bezanya ibu and ayah both under JPA, aku pulak MARA. ibu ayah A-level, aku IB. itu sahaja bezanya. takkanlah ibu nak marah.
ibu takut aku tak cukup kuat, kau tahulah dunia barat ni, hanya orang yang dah rasa je faham. agaknya ibu knows what's waiting for me. agaknyalah.. (ishh seram pulak). but anyway, I BELIEVE ALLAH IS ALWAYS BY MY SIDE as long as kita ingat Allah, Allah takkan lupa kita. Allah dekat dengan orang yang bersungguh-sungguh nak dekati Dia. kalau betul ada apa-apa berlaku (nauzubillah min zalik) aku percaya itu semua ujian Allah, Allah menguji tandanya Dia sayang kita. tak gitu? dan Allah uji pun apa yang kita dapat tanggung aje. takkanlah nak bagi the greatest hurdles of all, then terkapai-kapai kau nak lepasi ujian tu. Allah maha mengasihani lagi maha penyayang.
dah, enough merepek.
kbye..
6 comments:
nak copy paste boleh, tp kene olah sendiri dan selit kan pandangan masing - masing... bru nmpak ori
pink frogy:
haha.. okay.
em, aku dh baca. tapi tak tau nk komen pe. cuma satu je la kot. Selamat berjaya dan selamat berjaya mengikut jejak langkah ibu bapa anda di sana juga (p.s: kahwin..ehem2) haha
iffah:
(kahwin jugak yg kau mention) dah..dah.. itu isu lambat lagi. insya-Allah. thanks kawan!!!
HAHAHA.. dh itu je isu 'semasa' yg ada!
you're welcome, anyway~
Boleh bg tau x mcm mna nak ambil IB? Dan mcm mna nak further study kat UK?
Post a Comment