Saturday, May 21, 2011

kenapa aku suka menengking lelaki?

assalamualaikum :')




cisss...
kalau adalah yang kenal aku dari dulu, mesti ada yang kata aku ni brutal, ganas, emo, manja dan sebagainya. aku pernah  selalu je bercakap dengan suara yang tinggi (atau saintifiknya menengking) lelaki. selalunya memang aku tak pernah nak cakap lembut-lembut pun. (geli-geleman aku rasa).

tapi pada suatu hari, bila aku ter'cakap dengan suara yang tinggi' tu ada seorang perempuan ni, dia tegur aku. dia kata:

 "timah, nape cakap macam tu? janganlah marah dia."



well, aku taknak mention nama. tapi hihi.. dia pun kawan aku. dia ni memang lemah lembut budaknya. jauh beza dengan aku. keras kematu kayu jati indonesia mali tauuu!!


haa, dia tu lebih kurang macam nilah. sopan ayu baik lemah lembut wa cakap sama lu! tapi ish.. aku tak boleh terima apa yang dia cakap masa tu.  hahaha.

biasalah, timah memang emo. tapi aku ada alasan sendiri kenapa aku menengking lelaki. ia digelar 'safety-net-anti-falling-and-crushing" . dah merepek sudah. tak.. maksud aku, bila aku tak cakap lembut-lembut tu, secara automatiknya, aku tak ter'hati ke hati' dengan insan tersebut. sebab bagi akulah, bila kita cakap lembut dengan lelaki, ala manja-manja-mucuk-mucuk gitu, aku tak suka. lagi pulak bila nak cakap dengan lelaki berpotensi pencuri hati kelas satu, cair pulak nanti kan?



tapi, kadang-kadang perkara seperti ini tak elok dipraktikkan. aku rasa bila aku buat macam ni pun ada buruknya. agaknya bila aku cakap kasar-kasar ni, mereka (si adam) ingat aku nak masuk geng laa kot. pikir aku boleh la nak ajak lepak bagai.

seriously, mula-mula aku fikir aku buat gini lagilah lelaki tak rapat. lelaki takut sebab aku bengis (?). aku ingat perempuan pulak respect (cett..) rupa-rupanya haremmm.. CARA AKU SALAH YAA kawan-kawan!!!



aku selalu berangan, aku selalu nk stay out of sight. teringin nak jadi 'invisible' bila berada dalam sesuatu komuniti. tapi tak pernah dapat mencapai cita-cita murni ni. aku rasa pelik kenapa aku tak boleh jadi 'halimunan'. aku nak sangat jadi 'halimunan'. biar orang fikir aku ni misteri. ada ke tak ada ke macam tak perasan pun. best tau tak? cool siot..

tapi tak boleh derr. apesal lah pulak? aku pun tak tahu. yang penting lepas ni, aku nak try cakap normal. cakap tone biasa sudahlah. actually kalau tengking-tengking ni pun, certain orang je yang aku buat gitu. haha. yang tahu golongan yang mana jadi mangsa tengkingan ni hanya cik shera cantik  je (serious dia memang catik)  haha. 


PS I: anyway, happy birthday kepada cik FATIN MURTADZA sebab hari ni birthday beliau. houyaa.... houyaa.. (aku ada hantar mesej kepada beliau, tetapi beliau tidak balas. apakah tiada kredit atau aku SALAH NOMBOR??? grrrr..)

 PS II: gua bukan minat sangat sama 'pucca' ni. gua rasa dia comel. tapi gua tak suka sebab dia gemar cium sape entah watak lelaki tu. gedik kot pucca ni. nyampah aku...

PS III: oh yaa, siapa yang pernah aku tengking tu, sorry der. aku tak sengaja lah. automatik dengan kaum adam ni, nak cakap lembut-lembut-kapas ni, alahaiiiii... lemahnya lah aku. chill ok. tengking pun okay what? boleh practice siapa terer high pitch.. (dah. merepek)

6 comments:

Syafiq Rosli said...

hehe..wah garang nye..

NAZ said...

patut lah mak ayah tak pernah marah u hahahahahahaa

TiM said...

haha.. garang ke? tak punlah..

kalau garang taip 'grrrrrrrr'.

Fathiah Hamim said...

haha mana ada kalo tengking laki, buat orang rasa takut. kalo selalu buat, orang akan ingat,
"ohh budak neh memang jenis cakap kuat kot"
maka automatically, lelaki mula rasa tak kesah, and thought it as cool. :D

TiM said...

naz:

oh. mak ayah aku jenis tegur je. tangan tak naik. sebab tu tak pernah kena pukul, kena marah tu selalu lah.

TiM said...

fathiah hamim:

jyeahh.. itulah masalahnya. tapi rasanya macam tak proper pun nak tengking2 ni. aku nikan perempuan, tak elok kan?