Monday, May 9, 2011

kan dah kata? | USIM settle|

assalamualaikum :')


alhamdulillah hal sangkut-paut kena-mengena sepupu-sepapat USIM ni semua dah settle. semua dokumen penting dah print. berkat kesabaran dan ketenangan menghadapi masalah teknikal (chewahh) aku dapat jugak tekan 'terima' dalam surat tawarn dan dapat tengok ghoman surat tawaran tu (entry sebelum ni citer pasal masalah teknikal).

korang pelik tak?

kenapa aku update blog macam update status kat twitter? haha. takpelah. aku suka pulak meng-update- dan menge-post benda-benda (walaupun macam tak penting) dalam blog ni..

lagipun lepas ni gua tak online sekerap sekarang der.. aku masuk USIM 1hb JUNE 2011. tengah-tengah cuti sekolah tu, tak ke sekampung budak-budak ni heret sekali masa pendaftaran? macam rombongan cik kiah pun boleh, kan?


tapi USIM letak syarat kelakar logik jugak dek ajal akal.  HANYA SATU (1) KENDERAAN DIBENARKAN BAGI SEORANG PELAJAR UNTUK MEMASUKI KOLEJ KEDIAMAN PADA HARI PENDAFTARAN. masa kakak aku dulu kitorang adik beradik lepak je tepi jalan makan pisang goreng dengan keropok lekor sebab jalan jammed kat kolej kediaman. dahsyat! tapikan.. kalau nak tanya aku, mestilah aku excited. first time duduk kat asrama lebih dari empat hari (kalau aku duduk asrama masa kat sekolah pun sebab ada perkampungan atau kem) .tadi aku online ngan HAWA (ni memang nama dia, bukan refer kepada jantina ke hapa) dia tanya macam-macam. almaklumlah, aku ni dah ada pengalaman dua tahun dengar kakak aku pot-pet-pot-pet pasal USIM.

bangunan canselori waktu malam, sikit punya cantik bangunan kat USIM semua.
adalah hampir setiap bulan gua ke sana melawat akak gua!


anyway, macam-macam soalan yang dihumban HAWA kepada aku (amboii humban kaa??) pasal kereta sewalah, nak bawak laptop ke taklah, nak pakai baju apalah, tudung apalah, duduk manalah, boleh balik ke taklah, kena mintak izin nak balik ke tak lah.. semua hawa tanya. (dan banyak lagi dia tanya sebenarnya). aku sebagai kawan yang baik (choiii) menerangkan dengan sabar gitu.

cik hawa dah tak sabar nak beli kain nak buat baju untuk minggu taaruf . aku pun..(taaruf tu perkataan bahasa arab bermaksud 'berkenalan') kira macam orientasi lah. tak sabar pulak aku kan? haha. (baju kurung dah tempah tiga pasang yang simple-simple je.. senang nak basuh tangan kat asrama) baju yang tempah aritu tak siap lagi, aku tak yakin la kalau aku tempah blouse untuk minggu taaruf ni sempat siap atau tak. hishhh.. tension.

dah laa kaler yang dia bagi sikit punya ayu kalau budak lelaki pakai. haha. macam pinkish-purple gitu.
comel macho jek mereka di sana nanti kan? rileks bro, gua gurau jek..

antara budak sekelas aku yang masuk USIM jugak ialah:

ISMAIL
HAWA
FARAH HUSNA
FALHIE
FAIZ
FARHANA


SADDIQ
BOB HIZAMI
ABIDAH

haaa, cool gitu. tapi hawalah yang best. ramai yang masuk tamhidi sama dengan dia. senang nak tiru bincang pasal assignment kan? aku sikit punya baik sama tamhidi dengan falhie dan faiz. cett.. segan cheq. takde ke budak perempuan yang sama ngan aku? takpo, den carik kawan baru.. settle!

canselori waktu siang.

P/S: aku dengar citer PAIN (baca pa-in bukan 'pain' yang sakit tu) dapat Mains untuk mesir. apa cer ni? semua nak pergi mesir plak?

P/S II: dah lama farzana dan umar tak update blog . gua tension menunggu berita kengkawan gua.

P/S III: lu perasan tak gua dah tukar bahasa jadi otai. asal ek aku jadi camni? agaknya mood excited tu macam memberi kesan kepada aku dari segi pertuturan dan tingkah laku kan?

P/S IV: aku memang confirm (insya Allah laa) masuk USIM. walaupun aku diterima MARA (tak tau lagi, tunggu result) aku takkn pergi luar negara. mak aku slow talk baik punya nak suruh aku study kat USIM (takut aku sentap merajuk mengalir air mata.. biasalah, aku anak nombor dua). tapi mak aku tak tahu aku sebenarnya memang taknak pergi luar negara pun.. hahaha, kelakar bila mak aku slow talk baik-baik dengan aku. rasa macam disayangi gitu.. haha, mereng kau!

9 comments:

aDik said...

best ever post!
slmt mju jaya

TiM said...

selamat maju jaya jugak!
(rasa macam bahasa baku pulak..)

Iffah Syuqaira said...
This comment has been removed by the author.
Iffah Syuqaira said...

kau tak nak pergi oversea? heh, biar betul. Bukan kau ye ye sangat mimpi-mimpi nak pergi ireland ke? Hari tu kata Aberdeen, tmpt 'senior kau' belaja.. apa citer ni? hahaha :D

Rafi Nilhan said...

usim tuu.. all the best k.. :)

TiM said...

iffah: not everything happens with a reason. entah. boleh aku cakap "aku ikut kata hati"

TiM said...

rafi nilhan: memanglah usim. thanks.

Iffah Syuqaira said...

ok, aku faham.. actually, aku gurau2 skit la (tp agak terkezut gakla). Apapun kalau itu yg terbaik, go on okay? yg penting kau jd doktor ^_^

TiM said...

iffah:
terimakasih kerana memahami
(^.~)V peace..!!