alhamdulillah hal sangkut-paut kena-mengena sepupu-sepapat USIM ni semua dah settle. semua dokumen penting dah print. berkat kesabaran dan ketenangan menghadapi masalah teknikal (chewahh) aku dapat jugak tekan 'terima' dalam surat tawarn dan dapat tengok ghoman surat tawaran tu (entry sebelum ni citer pasal masalah teknikal).
korang pelik tak?
kenapa aku update blog macam update status kat twitter? haha. takpelah. aku suka pulak meng-update- dan menge-post benda-benda (walaupun macam tak penting) dalam blog ni..
lagipun lepas ni gua tak online sekerap sekarang der.. aku masuk USIM 1hb JUNE 2011. tengah-tengah cuti sekolah tu, tak ke sekampung budak-budak ni heret sekali masa pendaftaran? macam rombongan cik kiah pun boleh, kan?
tapi USIM letak syarat
bangunan canselori waktu malam, sikit punya cantik bangunan kat USIM semua.
adalah hampir setiap bulan gua ke sana melawat akak gua!
cik hawa dah tak sabar nak beli kain nak buat baju untuk minggu taaruf . aku pun..(taaruf tu perkataan bahasa arab bermaksud 'berkenalan') kira macam orientasi lah. tak sabar pulak aku kan? haha. (baju kurung dah tempah tiga pasang yang simple-simple je.. senang nak basuh tangan kat asrama) baju yang tempah aritu tak siap lagi, aku tak yakin la kalau aku tempah blouse untuk minggu taaruf ni sempat siap atau tak. hishhh.. tension.
dah laa kaler yang dia bagi sikit punya ayu kalau budak lelaki pakai. haha. macam pinkish-purple gitu.
antara budak sekelas aku yang masuk USIM jugak ialah:
ISMAIL
HAWA
FARAH HUSNA
FALHIE
FAIZ
FARHANA
SADDIQ
BOB HIZAMI
ABIDAH
haaa, cool gitu. tapi hawalah yang best. ramai yang masuk tamhidi sama dengan dia. senang nak
canselori waktu siang.
P/S II: dah lama farzana
P/S III: lu perasan tak gua dah tukar bahasa jadi otai. asal ek aku jadi camni? agaknya mood excited tu macam memberi kesan kepada aku dari segi pertuturan dan tingkah laku kan?
P/S IV: aku memang confirm (insya Allah laa) masuk USIM. walaupun aku diterima MARA (tak tau lagi, tunggu result) aku takkn pergi luar negara. mak aku slow talk baik punya nak suruh aku study kat USIM (takut aku sentap merajuk mengalir air mata.. biasalah, aku anak nombor dua). tapi mak aku tak tahu aku sebenarnya memang taknak pergi luar negara pun.. hahaha, kelakar bila mak aku slow talk baik-baik dengan aku. rasa macam disayangi gitu.. haha, mereng kau!
9 comments:
best ever post!
slmt mju jaya
selamat maju jaya jugak!
(rasa macam bahasa baku pulak..)
kau tak nak pergi oversea? heh, biar betul. Bukan kau ye ye sangat mimpi-mimpi nak pergi ireland ke? Hari tu kata Aberdeen, tmpt 'senior kau' belaja.. apa citer ni? hahaha :D
usim tuu.. all the best k.. :)
iffah: not everything happens with a reason. entah. boleh aku cakap "aku ikut kata hati"
rafi nilhan: memanglah usim. thanks.
ok, aku faham.. actually, aku gurau2 skit la (tp agak terkezut gakla). Apapun kalau itu yg terbaik, go on okay? yg penting kau jd doktor ^_^
iffah:
terimakasih kerana memahami
(^.~)V peace..!!
Post a Comment