lepas dah habis era "soalan paling mudah" atau SPM tu, aku dah makin tenang (yelah, kalau dulu asyik-asyik mengadap papan hitam tulis berapa hari lagi SPM..) sekarang dah settle, adik aku pulang menunggu giliran (padan muka.. wekk wekk)
bila dah keluar result (alhamdulillah dapat straight A's) budak-budak junior ni suka benar nak tanya aku 'rahsia kejayaan' lah..'macam mana akak belajar' lah.. 'tolong bagi tuisyen' laa.. (ini semua kawan2 adik akulah.. hihi). aku bukannya tak nak bagi, aku nak bagi pun macam segan je. sebab dah berkali-kali aku cakap aku tak ada rahsia.
even ada orang cakap, aku ni tak layak pun dapat straight sebab pemalas benarr (aku pun rasa gitu.. hihi)
sebulan sebelum SPM. |
baguslah aku sedar kelemahan aku kan? tapi sedar sahaja tak bawa beza pun. yang penting kita tahu macam mana nak cover kelemahan tu. kalau aku ni, memang jenis malas nak siapkan homework (jenis copy paste je pagi2 sebelum nak hantar) aku tahu copy aje tak bawa apa-apa input kepada aku. jadi rahsia nak excel walaupun everytime hantar homework copy paste ialah FOKUS MASA CIKGU AJAR.
aku akui, tahap setiap individu nak fokus adalah berbeza. ada orang paling mantap boleh fokus 80%. ada tu yang hebakk lagi 20% je (kata hebakk?). ada pulak jenis yang fokus 100% sampai keronsang cikgu lain kaler pun dia boleh detect. tapi aku ni jenis yang mungkin 70% je (sebab semut melintas pun aku boleh distracted.. mende tahh kau) jangan lupa berkat cikgu pun penting. kalau asyik tidur je dalam kelas, seminggu sebelum exam baru tergedik-gedik minta berkat, tak payah laa. masa cikgu mengajar menunjukkan bukti kita hormat atau tidak kat cikgu kita. so, takyah laa tidur dalam kelas lagi. kalau ngantuk sangat tidurlah dengan cara sedar. iaitu, cikgu ingat kau berjaga rupanya kau tidur. (tapi tak recommended cara ni sebab kalau kantoi, masak kau dik oiii..)
fokus ni usaha sendiri lah ye, adik-adik. nota sendiri pun penting jugak. yang paling penting dalam belajar ialah MEMANDAI-MANDAI. kalau kita rasa susah nak faham sesuatu konsep tu, kita buatlah contoh lain yang lebih senang. contoh macam electromagnetism dalam physics tu, yang ada right hand grip rule, fleming's left hand rule bagai tu, buat analogi sendiri step by step. kalau kita dari zero terus nak ke 10 tanpa lalu 1,2,3 memang susah nak faham. jadi better untuk kita memandai-mandai dan buat analodi sendiri. (dalam buat analogi sendiri ni akak suka lukis-lukis, lagi senang nak nampak daripada ayat berjela-jela. okay?)
selain memandai-mandai, konsep belajar yang baik ialah PAJAK GADAI. haa? amende pajak gadai? pajak buku teks ke? eh.. bukan. buku teks tu pinjaman kau nak pajak buek apo!! pajak gadai di sini ialah jangan kedekut nak kongsi ilmu and put everything on the counter. bagi akak kalau kita ni kekurangan pun, apa yang kita dah ada in hand tu lebih baik kita bagi kat orang jugak. kalau kita dah buat nota yang memang masyukk..mantap punya, apa salahnya share dengan kawan. kalau ada rahsia nak hafal 'elctropositivity' dengan 'reactivity series' dalam chemistry tu tak salah untuk kongsi.
konsep pajak gadai bermakna, kita berikan apa yang kita dah ada, and kita dapat balik laa harga yang setimpal (kadang-kadang tak setimpal pun. kita untung adalah..) maksud harga yang setimpal ialah PAHALA dan DOA KAWAN-KAWAN. ini sangat penting, sebab kalau kita kedekut, orang tanya kita taknak jawab, orang pun menyampah dik oii.. lebih baik even benda kecil pun kita kongsi. at least kawan kita tahu mana yang kita tak tahu. so the next time dia dapat info yang lebih baik, dia akan bagi tahu kita. bagus tak?
kalau tak usaha, takkan hasil datang bergolek? |
last but the most important point here, DUNIA DICIPTA UNTUK MANUSIA, MANUSIA DICIPTA UNTUK AKHIRAT. pegang konsep ni, memang kita boleh pergi jauh. even kalau ditimpa musibah atau ujian yang hebat pun, kita tahu semua itu dibawah kuasa Allah swt. setiap malam kalau dah online sampai pukul 12 malam or even dua tiga pagi. sampai berjam-jam melayan fesbuk tu, apalah salahnya sebelum tidur buat solat witir, solat sunat taubat. chatting dengan kawan boleh berjam-jam, nak 'IM' dengan tuhan direct tak nak pulak. kan pelik tu? spare sepuluh minit je pun dah kira baik untuk solat sunat.
oh.. takpe, esok bangun Qiam.. esok jelah buat.
ini lagi satu yang tak bagus. cuba kita fikir balik, dahlah tidur lambat boleh ke kita bangun pagi-pagi sebelum subuh untuk Qiam? entah-entah subuh pun terbabas kalau tak ada orang kejut. and kalau esok kita dah tak terjaga macam mana? haa.. mesti ada yang macam terdetik dalam hati 'alaa.. takkan aku nak mati dalam tidur, aku ni sihat wal afiat je, muda lagi pulak tu, tak mungkinnnn'.
well, let me tell you one thing, mangsa tsunami semua tu orang tua je ke? mangsa gempa bumi tanah runtuh tu semua dah bongkok tiga ke? even bayi yang tak ada dosa lagi pun ada yang dah pulang ke rahmatullah, inikan pulak kita dosa berkati-kati dikumpul kan? Allah bagi masa kepada kita. 24 jam. semua orang ada 24 jam sehari. jadi gunalah masa sebaiknya untuk IM dengan tuhan, bukan dengan kawan.
PS I: aku rasa macam buat buku motivasi pulak..
PS II: aku harap benda kecil yang aku kongsi ni, tak menimbulkan riak dan takjub dalam diri aku sekecil manapun , mahupun kebencian di hati orang lain sebesar apa pun , amiin.
8 comments:
selayaknya kamu mendapat apa yang patut ;)
alhamdulillah..
kartun2 tu memang timah lukis sendri guna PAINT ke???kreatifnya....^_^
tim, camner kau lukis kartun2 tu? ajar skit! haha
terima kasih kak untuk tips2 kat atas ni. sangaaaat bergune!
(menyamar jap.hahaha)
syifa':
ahaha.. memang lukis sendiri guna paint. thnks for the compliment. ihikk ihikk
iffah:
den lukis guna paint je. camne nak ajar?
DATO' DR. afifah:
huishsh.. ni nama apa ni? pelik ni. ahaha.. kau bajet muda jeh wehhh..
Post a Comment